KUALA LUMPUR: Terdapat penjimatan kira-kira RM4 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini yang melibatkan subsidi elektrik, susulan langkah kerajaan untuk tidak lagi memberikan subsidi penuh tarif elektrik kepada syarikat-syarikat besar yang menggunakan tenaga elektrik pada tahap yang tinggi mulai tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata kerajaan masih menanggung jumlah subsidi elektrik sebanyak RM10.8 bilion berbanding jumlah asal RM14.9 bilion.
Beliau berkata pengurusan subsidi yang lebih bersasar dan mampan adalah menjadi keutamaan, dalam memastikan perbelanjaan Kerajaan dapat disalurkan kepada keperluan pembangunan yang dapat memberi nilai tambah lebih tinggi kepada ekonomi negara.
"Kerajaan juga sedang mengkaji pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar berasaskan kepada model yang bersesuaian dan kebolehlaksanaan dengan mengenal pasti kaedah yang bukan sahaja berkesan, malah menjimatkan masa serta memberi implikasi kewangan yang paling minimum kepada Kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan sidang khas Dewan Negara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Parlimen, hari ini.
Sementara itu, Sim berkata dalam konteks menentukan penerima subsidi yang layak juga perlu dipelbagaikan kerana jenis subsidi dan golongan pengguna adalah berbeza.
"Penetapan kriteria kelayakan masih dalam penilaian kerana amatlah penting ia dikaji dengan teliti agar agihan sumber dibuat dengan lebih cekap dalam masa yang sama mengurangkan kesilapan exclusion dan inclusion.
"Sehubungan itu, satu pasukan petugas khas yang telah diwujudkan di bawah Kementerian Kewangan sedang mengkaji mekanisme pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar bersesuaian yang melibatkan semua kumpulan masyarakat baik B40, M40 mahupun T20, sama ada di bandar atau kawasan luar bandar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata kerajaan masih menanggung jumlah subsidi elektrik sebanyak RM10.8 bilion berbanding jumlah asal RM14.9 bilion. - Gambar fail/BERNAMA

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Subsidi elektrik RM3.54 bilion untuk Sabah sebelum serah kuasa kawal selia - Amir Hamzah
Kerajaan Persekutuan komited untuk subsidi elektrik RM3.54 bilion selama 7 tahun sehingga tahun 2030, sebelum serah kuasa kawal selia kepada Sabah.

Tarif air akaun domestik Semenanjung, Labuan dijangka naik tahun depan - Nik Nazmi
Tarif air bagi akaun domestik di Semenanjung dan Labuan dijangka akan meningkat tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kerajaan masih tanggung RM10.8 bilion subsidi elektrik
Kerajaan masih menanggung jumlah subsidi elektrik sebanyak RM10.8 bilion berbanding jumlah asal RM14.9 bilion.

Subsidi elektrik bersasar untuk didik, sedarkan rakyat supaya berjimat
Ramai yang menerima pendekatan kerajaan melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar mulai bulan depan sebagai suatu langkah positif.

Tiada subsidi bagi pengguna domestik guna elektrik berlebihan - PM Anwar
Hanya pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.

Peralihan ke subsidi bersasar lebih efisen dan lestari - Nik Nazmi
Kerajaan telah memulakan peralihan ke subsidi bersasar dengan mengurangkan subsidi bagi pengguna elektrik voltan sederhana dan tinggi bukan domestik kerana subsidi secara pukal adalah tidak efisien.

Pelaksanaan Dasar Tenaga Negara dijangka tingkatkan purata KDNK RM13 bilion setahun - PM
Pelaksanaan DTN juga dijangka mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor yang berkaitan.

Golongan B40 terima manfaat besar Belanjawan 2019
Beberapa inisiatif yang diperkenalkan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan peningkatan subsidi elektrik isi rumah untuk penggunaan RM20 ke bawah kepada RM40 sememangnya tepat.