Belanjawan 2019 yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat disifatkan sebagai lebih berfokus kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang merupakan antara penerima manfaat paling besar belanjawan negara kali ini.
Timbalan Dekan Akademik Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Bany Ariffin Amin Noordin berkata dalam usaha mengurangkan kos sara hidup yang amat tinggi di negara ini terutamanya di bandar, beberapa inisiatif yang diperkenalkan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan peningkatan subsidi elektrik isi rumah untuk penggunaan RM20 ke bawah kepada RM40 sememangnya tepat.
"Pengenalan subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta dengan kapasiti 1,500cc dan ke bawah dan pemilik motosikal 125cc dan ke bawah juga sangat diperlukan kerana kebanyakan pemilik kenderaan sebegini adalah daripada golongan B40," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bany Arifin berkata langkah pemansuhan tol motosikal di tiga laluan iaitu di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor, mulai 1 Jan 2019 bakal memberi penjimatan kos perbelanjaan harian golongan itu.
BACA: Infografik Belanjawan 2019: Bantuan Sara Hidup untuk rakyat mulai Jan tahun depan
"Biarpun terpaksa menanggung hutang negara, kerajaan masih mengambil cakna terhadap keperluan rakyat," katanya sambil menambah kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik dalam memastikan inisiatif yang diperkenalkan untuk golongan B40 benar-benar diterima golongan itu.
Sebagai contoh, katanya bagi BSH kerajaan boleh memperkenalkan baucar ataupun kad khas seperti yang dilaksanakan di Amerika Syarikat yang mana penerima bantuan hanya perlu menunjukkan kad tersebut ketika pembayaran untuk menerima potongan harga barangan bagi mengelak berlaku ketirisan dalam penyaluran bantuan.
Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng antara lain mengumumkan pemberian BSH bagi isi rumah berpendapatan RM2,000 ke bawah hingga RM4,000 adalah bermula daripada RM500 sehingga RM1,000.
Turut diumumkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat orang kecuali anak orang kelainan upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018

Dalam usaha mengurangkan kos sara hidup yang amat tinggi di negara ini, terutamanya di bandar, beberapa inisiatif diperkenalkan seperti Bantuan Sara Hidup dan peningkatan subsidi elektrik isi rumah. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Food bank beri manfaat besar kepada B40, pedalaman - Saifuddin Nasution
Inisiatif Yayasan Food Bank Malaysia telah memberi manfaat besar kepada golongan B40 termasuk penduduk pedalaman Orang Asli di Taman Negara, Kuala Tahan.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.

Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.

Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.

Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.

Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.

Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).

Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.