PUTRAJAYA: Hanya pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini bertujuan untuk mengurangkan beban pengguna domestik terutama golongan B40 dan M40.
"Umpama rumah tiga kipas, empat penghawa dingin, dia harus bayar kos sebenar dan tidak gunakan subsidi.
"Maknanya golongan M40 dan B40 tidak dinaikkan, tapi rumah-rumah yang menggunakan elektrik tinggi akan dikenakan bayaran ikut kos harga pasaran," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin.
Sebelum ini ujarnya kerajaan juga bersetuju tidak menaikkan tarif elektrik kecuali kepada pihak industri sektor tertentu.
"Kita mula pada awal tahun ini tentang keputusan kita menolak cadangan kerajaan terdahulu menaikkan harga elektrik, jadi kita kekalkan untuk M40 dan B40.
"(Hanya) dikenakan kenaikan bagi kilang-kilang besar, melainkan ada kaitan dengan pertanian dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME).
"Jangan kata tidak ada kenaikan bagi 90 peratus rakyat tapi ada kenaikan rumah-rumah menggunakan elektrik berlebihan termasuk penggunaan penghawa dingin banyak," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pemberian subsidi bagi tarif elektrik buat pengguna domestik kategori T20 perlu dilihat semula pada masa depan kerana golongan ini berkemampuan untuk membayar tarif yang lebih kompetitif.
Ujarnya, negara perlu beralih kepada subsidi secara bersasar dalam tarif elektrik dengan memastikan hanya golongan sasar memperoleh manfaatnya.
Fareez Azman
Mon May 15 2023

Anwar ketika berucap pada sidang media pasca mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.

Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB
Keputusan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Perak akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Tarif air baharu di Perak diumum Mac depan - MB
Saarani turut memberi jaminan kenaikan tarif air tidak akan membebankan pengguna.

Pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik, bukan domestik di Terengganu berkuat kuasa 1 Feb
Pelarasan tarif air baharu bagi kategori pengguna domestik dan bukan domestik di Terengganu akan berkuat kuasa pada 1 Feb depan.

Pelarasan tarif elektrik: 'Pengguna domestik dengan bil bawah RM708 sebulan tidak terjejas'
Kerajaan, dalam pada itu, bersetuju untuk menampung kos subsidi elektrik sebanyak RM5.2 bilion sempena pelarasan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh tersebut.

Penyelarasan tarif elektrik T20 akan diumum dalam masa terdekat - Nik Nazmi
Kerajaan perlu melihat pelbagai faktor antaranya trend harga pasaran arang batu dan gas yang kini didapati sudah stabil berbanding beberapa tahun lepas, sebelum menyelaraskannya.

Tiada subsidi bagi pengguna domestik guna elektrik berlebihan - PM Anwar
Hanya pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.

Kerajaan tampung RM10.76 bilion subsidi bil elektrik dari Jan-Jun 2023
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10.76 bilion bagi menampung subsidi bil elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023.

Kerajaan terus utamakan bekalan ayam untuk pengguna domestik mencukupi - Annuar
Kerajaan akan terus memberi keutamaan dalam memastikan bekalan ayam bagi pengguna domestik adalah mencukupi, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.