PUTRAJAYA: Pelaksanaan Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 di bawah Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022 – 2040, dijangka meningkatkan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM13 bilion setahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selain itu, beliau berkata, pelaksanaan aspirasi serta dasar itu juga dijangka mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor yang berkaitan.
Menurut Ismail Sabri, DTN digubal selepas kerajaan berpandangan perlu ada langkah holistik untuk menangani isu sektor tenaga di dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran, terutamanya permintaan dan kos bekalan tenaga yang meningkat.
“Kedua-dua cabaran ini akan terus memberi tekanan kepada kerajaan untuk menanggung subsidi yang tinggi agar kehidupan Keluarga Malaysia tidak terbeban.
“Contohnya, bagi tahun 2022, kerajaan dijangka menanggung subsidi tenaga sebanyak RM37.3 bilion bagi petrol, diesel dan LPG. Kerajaan juga menampung subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion, bagi manfaat Keluarga Malaysia serta memberikan jaminan pembiayaan sehingga RM6 bilion kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), agar operasinya tidak terjejas,” katanya lagi.
Ismail Sabri berkata demikian sewaktu menyempurnakan Majlis Perasmian Dasar Tenaga Negara (2022 – 2040), di sini, hari ini.
Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, kemelut pandemik dan ketidaktentuan geopolitik dunia serta isu perubahan iklim yang serius turut memberi kesan kepada harga bahan api dan peralihan kepada tenaga yang lebih mampan.
Di sebalik keadaan ini, beliau berkata, kerajaan terus bersikap prihatin dan memberi jaminan bahawa Keluarga Malaysia akan terus mendapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin, pada harga mampu bayar.
“Pada masa yang sama, satu penyelesaian holistik amat diperlukan bagi menjamin bekalan tenaga, kemampanan alam sekitar dan kemakmuran Keluarga Malaysia selain menggalak daya saing dan inovasi dalam industri serta merancakkan pertumbuhan ekonomi.
“Dalam konteks ini, kerajaan telah menggubal Dasar Tenaga Negara, 2022 – 2040 dengan mengambil kira perkembangan serta cabaran dalaman dan luaran demi memastikan sektor tenaga dapat terus membangun dengan mampan,” jelas Ismail Sabri lagi.
Perdana Menteri berkata, DTN juga akan memperkemas dan mengharmoni pelbagai dasar berkaitan tenaga sedia ada bagi memastikan sektor ini terus kalis cabaran pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, visi yang digariskan di bawah dasar berkenaan adalah Kemampanan Tenaga untuk Mencapai Kemakmuran Bersama.
Katanya lagi, visi tersebut akan disokong oleh tiga objektif iaitu meningkatkan daya tahan ekonomi makro dan jaminan bekalan tenaga; mencapai kesaksamaan sosial menerusi bayar tenaga; dan memastikan kelestarian alam sekitar.
Untuk mencapai visi dan objektif DTN, Perdana Menteri berkata, sebanyak 12 strategi dan 31 pelan tindakan dikenal pasti, berlandaskan empat teras strategik dan lima pemboleh daya untuk dilaksanakan bagi jangka pendek, sederhana dan panjang, selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Lima Tahun.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, Kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tenaga Negara bagi menerajui hala tuju peringkat tertinggi dalam membuat keputusan strategik berkaitan sektor tenaga.
Katanya lagi, ia bagi memastikan strategi dan pelan tindakan DTN merentasi pelbagai sektor dan pihak berkepentingan.
“Saya akan mempengerusikan Majlis Tenaga Negara ini bagi memastikan inisiatif DTN dilaksanakan secara berkesan oleh kementerian dan agensi bertanggungjawab berdasarkan akauntabiliti dan peranan masing-masing.
“DTN merupakan ‘living document’ yang dikemas kini setiap tiga tahun dengan semakan dan pertimbangan dilakukan MTN, selari dengan kemajuan teknologi, tahap pencapaian sosioekonomi negara dan keseimbangan trilema tenaga semasa,” tegasnya lagi.
Firdaus Azil
Mon Sep 19 2022

Pelaksanaan Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 di bawah Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022 2040, dijangka meningkatkan purata KDNK sebanyak RM13 bilion setahun, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Kementerian Ekonomi akan muktamadkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dalam masa 3 bulan
Kementerian Ekonomi akan memuktamadkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga untuk menterjemahkan Dasar Tenaga Negara kepada projek peralihan tenaga.

Pelaksanaan Dasar Tenaga Negara dijangka tingkatkan purata KDNK RM13 bilion setahun - PM
Pelaksanaan DTN juga dijangka mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor yang berkaitan.

Kerajaan akan kaji semula dasar berkaitan sektor tenaga - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan pihak terlibat bagi menyelesaikan cabaran teknikal dan kos bagi memajukan industri ini.

Kerajaan akan lancar Dasar Tenaga Negara hujung bulan ini - Mustapa
Dasar Tenaga Negara 2021-2040 akan dilancarkan untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia.