PUTRAJAYA: Kerajaan akan merangka dasar strategik bagi mengembalikan kesejahteraan rakyat, seiring dengan usaha meningkatkan kuasa beli pengguna, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, selain itu, kerajaan juga akan mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
Perdana Menteri berkata, dua objektif tersebut merupakan antara langkah yang perlu dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kesan ekonomi berpanjangan.
“Seperti yang saya nyatakan di Parlimen tempoh hari, kerajaan akan meneruskan dasar strategik untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli terutamanya isi rumah dalam kalangan B40.
“Bagi pelan jangka sederhana dan jangka panjang, program peningkatan pendapatan serta peningkatan keupayaan, menambah baik akses kepada keperluan asas termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan akan dilaksanakan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah Ikram Keluarga Malaysia) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini, hari ini.
Program Rumah Ikram Keluarga Malaysia itu memberi manfaat kepada penerima yang hanya perlu membayar sewa RM124 sebulan, untuk dua tahun pertama dari tarikh menerima kunci rumah berkenaan.
Selain itu, mereka juga diberikan pengecualian pembayaran sewa untuk tempoh enam bulan pertama selepas tarikh menerima kunci.
Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, negara akan melalu fasa endemik, di mana rakyat perlu hidup bersama-sama COVID-19, dengan norma baharu termasuk amalan prosedur operasi standard (SOP).
Beliau berkata, Malaysia kini sedang berada di atas landasan yang tepat ke arah pemulihan ekonomi negara.
“Sukacita ingin saya kongsikan, sehingga Rabu lalu, sebanyak 81 peratus populasi dewasa Malaysia telah divaksinasi melibatkan 18.9 juta individu.
“Pada masa yang sama, kerajaan juga memulakan vaksinasi kepada pelajar-pelajar sekolah Tingkatan 5 dan 4 sebagai persediaan pembukaan sekolah di seluruh negara secara berperingkat,” katanya lagi.
Ismail Sabri berkata, berdasarkan kepada perkembangan yang sangat positif ini, kerajaan mula memberi kelonggaran kepada individu lengkap divaksinasi bagi melaksanakan aktiviti dalam sektor ekonomi dan sosial.
Apa yang penting dalam tempoh endemik ini, tegas Perdana Menteri lagi, adalah kawalan kendiri.
“Menjadi tanggungjawab kita semua, untuk memastikan segala aktiviti harian dilakukan mengikut pembudayaan norma baharu,” kata Ismail Sabri.
Firdaus Azil
Fri Sep 24 2021
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga akan mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. - Gambar fail
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
Penduduk Israel tunjuk perasaan desak PM Netanyahu letak jawatan
Majoriti penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil membawa sepanduk mengkritik kepimpinan Netanyahu berhubung isu-isu penting.
Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM
Jakim akan membuat laporan kepada MCMC berhubung hantaran di TikTok yang menyertakan bacaan Qunut Nazilah sambil mengajak orang ramai mendoakan musibah ke atas Perdana Menteri.
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.
PM Anwar "diserbu" murid sekolah ketika makan tengah hari
Perdana Menteri "diserbu" sekumpulan murid sekolah ketika sedang menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9 Putrajaya hari ini.
Perdana Menteri Slovakia kembali bertugas selepas cubaan bunuh
Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico kembali bertugas hampir dua bulan selepas terselamat daripada cubaan bunuh, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PM Singapura Lawrence Wong sampai ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertama 18 Ogos
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertamanya pada 18 Ogos.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini supaya terus beristiqamah dalam kebaikan.