KLANG: Kerajaan berhasrat lebih ramai belia memimpin agenda kelestarian negara sejajar dengan usaha memperkasa Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, Kementerian Ekonomi kini sedang merangka pelan tindakan dan pemantauan untuk memperkasakan Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Menurut beliau, ia juga bertujuan mencapai sasaran yang ditetapkan melalui 17 Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG.
“Agenda Pembangunan Mampan ini pastinya memerlukan penglibatan dan usaha gigih serta menyeluruh dan inklusif daripada seluruh warga Malaysia.
“Justeru, bukan sahaja tahap kesedaran di peringkat akar umbi harus dipertingkat, ia perlu dizahirkan dengan tindakan dan perbuatan,” katanya selepas majlis pelancaran Festival Alam Sekitar pada Sabtu.
Mengulas berkenaan Festival Alam Sekitar 2023 (FAS 2023), beliau berkata, program berkenaan selaras dengan matlamat SDG ke-13 iaitu memperkasa dan mempertingkat literasi terkait tindakan iklim.
“Program sebegini pastinya dapat menterjemahkan kesedaran dan pemahaman yang kita ada kepada tindakan dan perbuatan yang menyumbang menjadi impak positif kepada alam sekitar di sekeliling kita.” ujarnya.
FAS 2023 merupakan acara mempromosi kelestarian alam yang memfokuskan perkongsian berkenaan kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
Antara aktiviti yang berlangsung termasuk aktivti pembersihan dan penanaman pokok bakau, kitar semula baju dan minyak masak terpakai serta sesi perkongsian berkenaan bahaya jejak karbon.
Acara tahunan itu dianjurkan secara bersama oleh Kelab Belia Prihatin Malaysia dan WWF-Malaysia dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Airasia Grocer, Majlis Perbandaran Klang dan Selangor Maritime Gateway.
Fahmi Izuddin
Mon Nov 20 2023

Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) hadir pada majlis pelancaran Festival Alam Sekitar pada Sabtu lalu.

OKU penglihatan ambil peluang bertadarus sempena Nuzul Quran
Semasa kebanyakan orang memilih meluangkan cuti umum Nuzul Quran dengan berehat di rumah atau ke pusat beli-belah, sekumpulan pelajar OKU penglihatan di sini, memilih cara berbeza.

PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih seludup
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki yang membawa 40 tan beras putih dipercayai diseludup dari negara jiran di Jitra, Ahad lepas.

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 404 apabila Israel teruskan genosid
Banyak mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan LPG bersubsidi dianggarkan bernilai RM14,565 menerusi sebuan di sebuah stor haram di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, Selangor, minggu lepas.
AWANI Tonight: Political financing: Understanding challenges behind the bill
As the government gathers input on the Political Financing Bill, Dr. Tricia Yeoh of the University of Nottingham Malaysia highlights key issues and challenges hindering the bill's passage.
AWANI Tonight: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli hospital
Mourners gathered at Al-Ahli Arab Baptist Hospital to bid farewell to Palestinian victims of Israeli strikes on Gaza City, amidst widespread destruction and debris.
AWANI Tonight: M'sia ready to accept 15 Palestinian prisoners
Malaysia is prepared to accept 15 Palestinians released from Israeli prisons and resettle them here, says Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

Liga Super: Jumlah penyertaan pasukan hanya diketahui hujung bulan depan - MFL
Dengan hanya berbaki 44 hari lagi, ia akan menjadi tempoh yang sangat kritikal, terutama buat kelab yang sedang bergelut dengan isu kewangan.

Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah
Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLIA selepas isytihar kecemasan
Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.

Agenda Pembangunan Mampan 2030, teras penyediaan RMK13 - Hanifah
Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) akan terus menjadi teras penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Hanifah Hajar Taib.

OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Kerajaan mahu lebih ramai belia turut serta memimpin agenda kelestarian
Agenda Pembangunan Mampan memerlukan penglibatan dan usaha gigih serta menyeluruh dan inklusif daripada seluruh rakyat.

Bajet 2023: Banyakkan pembangunan infrastruktur hijau di bandar
Pembangunan kawasan lapang dan hijau ini adalah elemen penting bagi menjadikan bandar lebih berdaya tahan, sejajar dengan matlamat Malaysia untuk mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.