KUALA LUMPUR: Perancangan dan pembangunan infrastruktur hijau dalam konsep perbandaran, diharapkan akan diberi penekanan dalam Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada 7 Okt ini.
Dekan Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Suhardi Maulan berkata pembangunan kawasan lapang dan hijau ini adalah elemen penting bagi menjadikan bandar lebih berdaya tahan, sejajar dengan matlamat Malaysia untuk mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
"Kawasan lapang dan hijau ini memberi manfaat yang cukup besar kepada penduduk bandar sekali gus memainkan peranan penting dalam perancangan bandar yang sihat dan berdaya huni.
"Jadi, kita tidak boleh lagi memandang kawasan lapang dan hijau ini sebagai tempat rekreasi dan beriadah (semata-mata) tetapi perlu digabung jalin sebagai satu infrastruktur hijau yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan bencana alam," katanya kepada Bernama.
Justeru, katanya, sebagai usaha menambah, menjaga dan memelihara serta memulihara kawasan lapang dan hijau, penumpuan juga perlu diberikan kepada pembangunan kapasiti sumber manusia yang pakar seperti arkitek landskap dalam memastikan kemampanan bandar.
"Kita tidak mahu kawasan lapang dan hijau sedia ada atau akan datang dibiarkan dan tidak diselenggara dengan baik. Sebab itu, kita perlu ada bajet untuk kapasiti bangunan bagi melatih dan melantik mereka yang pakar dalam bidang berkenaan untuk menjaga kawasan ini supaya objektif yang ditetapkan tercapai," katanya.
Sementara itu, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Jamanlunlaili Abdullah mencadangkan pembinaan infrastruktur bagi tujuan penjanaan aktiviti ekonomi yang memberi penawaran pekerjaan juga diharap menjadi fokus Bajet 2023.
Beliau berkata tempat perniagaan di kawasan pusat bandar sedia ada masih dapat menampung aktiviti perniagaan tetapi pertimbangan baharu boleh difokus kepada kawasan pinggir bandar bagi mengimbangi jumlah populasi penduduk yang semakin meningkat.
"Isu kesejahteraan bandar tidak boleh tercapai jika penduduk tidak mempunyai sumber pendapatan atau pekerjaan, ini kerana jaminan pekerjaan, kewangan yang stabil, kesihatan dan sosial adalah faktor penting kepada kemampuan hidup seseorang.
"Selain itu, pembaharuan bandar yang memberi tumpuan kepada pemulihan bandar yang telah merosot atau imej bandar mati juga penting bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi sekali gus dapat memberi nafas baharu di sesuatu kawasan yang lama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Perancangan dan pembangunan infrastruktur hijau dalam konsep perbandaran, diharapkan akan diberi penekanan dalam Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada 7 Okt ini. -Gambar hiasan/Bernama

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 404 apabila Israel teruskan genosid
Banyak mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan LPG bersubsidi dianggarkan bernilai RM14,565 menerusi sebuan di sebuah stor haram di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, Selangor, minggu lepas.
AWANI Tonight: Political financing: Understanding challenges behind the bill
As the government gathers input on the Political Financing Bill, Dr. Tricia Yeoh of the University of Nottingham Malaysia highlights key issues and challenges hindering the bill's passage.
AWANI Tonight: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli hospital
Mourners gathered at Al-Ahli Arab Baptist Hospital to bid farewell to Palestinian victims of Israeli strikes on Gaza City, amidst widespread destruction and debris.
AWANI Tonight: M'sia ready to accept 15 Palestinian prisoners
Malaysia is prepared to accept 15 Palestinians released from Israeli prisons and resettle them here, says Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

Liga Super: Jumlah penyertaan pasukan hanya diketahui hujung bulan depan - MFL
Dengan hanya berbaki 44 hari lagi, ia akan menjadi tempoh yang sangat kritikal, terutama buat kelab yang sedang bergelut dengan isu kewangan.

Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah
Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLIA selepas isytihar kecemasan
Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.
#AWANITonight | 18 March 2025
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital

Bazar Kraf Aidilfitri tampilkan batik tempatan, songket dan kraf tangan
Pelbagai karya pengusaha batik tempatan, tenunan songket dan hasil kraf tangan seperti beg anyaman, dokoh dan manik buatan tangan ditawarkan pada Bazar Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Conlay di sini.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.