PONTIAN: Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata ini kerana, pasaran kerja tempatan disumbang melalui sektor PKS yang meliputi 65 peratus, namun masih terdapat perniagaan yang belum mampu pulih sepenuhnya, akibat pandemik COVID-19.
Beliau berkata pihaknya berharap kerajaan dapat melihat untuk membantu golongan berkenaan, yang selaras dengan usaha untuk memulihkan ekonomi negara selepas pandemik.
"Sektor perniagaan termasuk PKS turut menghadapi cabaran dari segi dasar baharu dan Akta Pekerjaan yang baharu, serta berhadapan dengan kekurangan tenaga kerja dan bantuan juga satu keutamaan yang perlu dilakukan secepat mungkin, demi kelangsungan hidup PKS.
"Pihak MCA sendiri telah menyediakan satu memorandum untuk diberikan kepada kerajaan minggu hadapan dan ia termasuk beberapa cadangan daripada PKS sendiri kepada kami, untuk menjadikan sektor berkait PKS lebih rancak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nanas, di sini.
Jelas Wee, beliau percaya majoriti pemilik perniagaan menantikan bagaimana kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan membantu mereka, selain turut mengalu-alukan sebarang bantuan yang diberikan oleh kerajaan.
Selain itu Wee berkata memorandum itu juga menyentuh tentang meningkatkan pendapatan dan kebajikan rakyat.
"Terdapat banyak perkara yang kita harap akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sidang Parlimen akan datang pada 13 Feb depan, Saya juga berharap kerajaan dapat melihat ke arah menangani masalah kekurangan telur di negara ini, memandangkan kita sudah menghampiri bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Terdahulu, pada 24 Jan, Dr Wee dilaporkan berkata memorandum mengenai Bajet 2023 yang disemak semula akan diserahkan kepada Perdana Menteri, meliputi isu-isu seperti ekonomi, PKS dan pendidikan.
Bajet 2023 yang disemak semula dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 24 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata ini kerana, pasaran kerja tempatan disumbang melalui sektor PKS yang meliputi 65 peratus, namun masih terdapat perniagaan yang belum mampu pulih sepenuhnya, akibat pandemik COVID-19. - BERNAMA
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Lebih ramai rakyat Palestin ingin pulang susulan gencatan senjata Ahad lepas - Duta Palestin
Sebelum gencatan senjata itu, kira-kira 50 rakyat Palestin daripada keseluruhan 128 orang telah memohon untuk dihantar pulang.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.