KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak wanita di negara ini.
Bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, Anwar dalam laman Facebooknya berkata kerajaan juga akan memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita terus diperteguh.
“Selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita terutama di Malaysia.
“Hari besar ini disambut sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan golongan wanita dalam membangun tamadun dan masyarakat, selain memastikan kaum wanita diberi tempat yang selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan,” katanya.
Beliau turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerana terus bersama dalam perjuangan yang panjang dalam merubah sistem dan membetulkan kepincangan.
Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan.
Bernama
Fri Mar 08 2024

Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, Anwar dalam laman Facebooknya berkata kerajaan juga akan memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita terus diperteguh. - Foto Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

WOW bantu penunggang basikal wanita bina jaringan sosial
Program Women on Wheels menyasarkan pembentukan jaringan sosial bagi membolehkan mereka meneruskan kegiatan tersebut pada masa luang.

Enam ikon sukan wanita terima seutas jam berharga RM16,000
Inisiatif digerakkan jenama jam terkemuka, Bijoumontre ini adalah bagi menghargai peranan dan sumbangan wira.

Ratu pecut Shanti Pereira tersenarai dalam 'Singapore Women's Hall of Fame'
Ratu pecut Singapura Shanti Pereira dan sembilan lagi wanita pada Jumaat tersenarai dalam Singapore Women's Hall of Fame (SWHF), bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Kerajaan konsisten bela hak, kebajikan wanita - Anwar
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Facebooknya berkata kerajaan juga akan memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita terus diperteguh.

Kerajaan digesa tingkat usaha naik taraf sosio ekonomi wanita - MASA
MASA sokong segala bentuk pelaksanaan dasar yang boleh meningkatkan penyertaan serta kepimpinan wanita dalam sektor swasta dan awam.

Merdeka Award Trust Talk Series 2024 tumpu perkasa kepimpinan wanita
Merdeka Award Trust (MAT) tahun ini kembali dengan siri perkongsian Merdeka Award Talk Series bertemakan "Women in Leadership: Too Hot to Handle?" bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang akan datang.

Kadar gaji peka keperluan isu rumah dan wanita, rapatkan jurang gender - IDEAS
Jurang pendapatan dan kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh negara boleh ditingkatkan dengan pelaksanaan dasar yang peka dengan keperluan wanita.

Selamat Hari Wanita, tapi di mana kedudukan wanita di Malaysia?
Antara jurang gender paling ketara adalah di mana bagi setiap RM100 gaji dan upah diterima lelaki, wanita menerima RM96.21.

Hari Wanita Antarabangsa 2023: KPM fokus isu pendidikan secara holistik - Fadhlina
Kementerian itu komited menyelesaikan isu berkenaan bagi memastikan semua rakyat menerima akses pendidikan terbaik.

Wanita tidak perlu sempurna untuk pegang jawatan tinggi
Penanda aras yang terlalu tinggi diletakkan terhadap diri sendiri menjadi punca sebahagian wanita berasa kurang yakin.