KUALA LUMPUR: Memang benar mungkin waktu tidak dapat dibeli namun melalui 'mesin masa' jiwa enam ikon wanita yang memeriahkan industri sukan negara ini umpama 'dibeli' apabila menerima jam tangan berharga RM16,000 bersempena Hari Wanita Antarabangsa.
Inisiatif digerakkan jenama jam terkemuka, Bijoumontre ini adalah bagi menghargai peranan dan sumbangan wira yang mendedikasikan seluruh jiwa dan raga mereka dalam bidang sukan.
Enam penerima jam Bijoumontre edisi 'Around The World' ialah Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mumtaz Jaafar (RM 16,000), Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah (RM16,000) dan Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Alwiyah Talib (RM16,350).
Turut menerima hadiah berkenaan ialah Ahli Majlis Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Mae Chen (RM16,350), bekas atlet gimrama kebangsaan, Afrita Ariany Nasril (RM16,350) dan Ahli Lembaga Persatuan E-sukan Antarabangsa (IESF) Tiffani Lim (RM16,000).
Kesemua mereka diraikan dalam satu majlis di sebuah hotel di sini yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mira Watch International Ltd., Amy Chow dan Pengarah Omne Connie Gan.
Sementara itu, Afrita Ariany mengucapkan syukur apabila segala pengorbanan serta penat lelah dalam dunia sukan berbaloi dengan penerimaan hadiah berkenaan.
"Saya berbesar hati menerima anugerah malam ini, rasa berbaloi dengan pengorbanan dan ia bukan perjalanan mudah untuk mengejar minat saya dalam sukan. Saya menjadi gimnas selama 18 tahun dan kemudian 24 tahun dalam bidang pengurusan, kejurulatihan, pengadilan dan kini dalam MOM," katanya kepada Bernama.
Mumtaz, bekas ratu pecut negara era 80-an yang menuai pingat emas acara 100 meter di temasya Sukan SEA Manila 1981, turut menzahirkan perasaan sama apabila beliau masih diingati sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Dari kiri; Bibi Aishah, Mae Chen, Afrita Ariany, Mumtaz Jaafar, Alwiyah dan Tiffani menunjukkan jam Bijoumontre edisi ‘Around The World’ pada Majlis Makan Malam 'Time to Shine'. - Foto BERNAMA
Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN
Peserta serahan memorandum terbabit hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis susulan laporan prosedur keselamatan yang biasa dilakukan.
15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan
Pihak berkuasa Myanmar selamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia.
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
Enam ikon sukan wanita terima seutas jam berharga RM16,000
Inisiatif digerakkan jenama jam terkemuka, Bijoumontre ini adalah bagi menghargai peranan dan sumbangan wira.
Enam ikon sukan tersenarai 100 orang paling berpengaruh pada 2023
Majalah Time pada Khamis menyenaraikan 100 orang paling berpengaruh pada 2023, yang termasuk enam ikon sukan.
Bersediakah Malaysia kehilangan dua lagi ikon sukan?
Bersediakah kita kehilangan dua lagi atlet berstatus legenda sekiranya mereka mengambil pendekatan sama tahun depan?