TAHUN lalu, Malaysia kehilangan dua ikon sukan selepas Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David mengumum persaraan.
Bersediakah kita kehilangan dua lagi atlet berstatus legenda sekiranya mereka mengambil pendekatan sama tahun depan?
Bercakap mengenai sukan boling tenpin, sudah pasti nama Shalin Zulkifli akan berlegar-legar di fikiran anda.
Ratu boling negara itu sudah mencurahkan bakti selama hampir 29 tahun buat negara tetapi setiap permulaan pasti akan ada pengakhirannya.
Dalam satu temu bual Nadi Arena pada Selasa, Shalin berkongsi mengenai masa depannya.
"Perancangan untuk bersara itu memang ada sebab sebelum ini, anda dapat lihat saya sudah mengadakan satu program bual bicara mengenai perancangan saya.
"Bagi kebanyakan atlet, apabila kami mahu bersara, ia agak mengejutkan juga buat diri kami kerana secara tiba-tiba, hidup anda selaku seorang atlet sudah tamat.
"Saya bermain boling sejak berusia sembilan tahun dan mewakili negara pada usia 17 tahun, tiga perempat daripada hidup saya adalah sebagai atlet.
"Jadi, secara tiba-tiba saya perlu berhenti.
"Anda perlu membiasakan diri dengannya.
"Ramai atlet menjadi murung dalam dua tahun pertama selepas bersara kerana mereka tidak tahu hala tuju hidup mereka.
"Sebelum ini hidup mereka telah diaturkan sebagai seorang atlet tetapi secara tiba-tiba, ia tidak lagi begitu.
"Jadi, saya sudah lama memikirkannya (mengenai persaraan), mungkin dalam 15 tahun lalu.
"Saya mahu memastikan yang saya mempunyai pelajaran, sebab itu saya menyambung pelajaran terlebih dahulu.
"Kemudian, saya juga memiliki sijil untuk menjadi jurulatih.
"Saya juga bekerja di bahagian pentadbiran dan pembangunan sejak 2011," katanya.
Persoalannya, adakah kita akan melihat Shalin sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada masa akan datang?
"Saya tidak pasti, pilihan itu sentiasa ada.
"Satu lagi pencapaian yang saya inginkan adalah gelaran pro, kerana saya adalah atlet pertama menyertai kejohanan jelajah pada 2009.
"Saya hampir memenanginya, jadi sebab itu saya rasa masih ada perkara yang perlu saya capai.
"Jika bersara sekalipun, mungkin bersara daripada skuad kebangsaan," tambahnya.
Seorang lagi atlet ternama yang sedang berada dalam situasi yang sama adalah The Pocket Rocketman, Azizulhasni Awang, yang telah banyak mengharumkan nama negara dalam sukan berbasikal trek.
Bagi juara dunia acara keirin 2017 itu, dia tidak akan dapat gelaran ikon itu tanpa satu sosok yang dianggapnya sebagai bapa, iaitu jurulatihnya, John Beasley.
"Sudah pasti saya tidak akan berada di mana saya berada sekarang ini tanpa Beasley.
"Hubungan saya dengannya memang macam anak dengan bapa.
"Kalau boleh saya ingin kekal bersamanya sampai bila-bila.
"Kalau satu hari nanti Malaysia sudah tidak mahukan Beasley, saya rasa saya akan mengikuti ke mana sahaja dia akan pergi.
"Jika saya memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik (Tokyo tahun depan), sudah pasti Beasley orang pertama yang saya akan tujukan kejayaan itu.
"Saya tahu bagaimana sayangnya John terhadap saya dan bagaimana sayangnya dia terhadap pasukan berbasikal Malaysia.
"Saya pasti akan sedih sekiranya dia bersara.
"Saya menganggapnya sebagai ahli keluarga saya.
"Saya rasa selepas kami bersara sekalipun, hubungan itu akan kekal," katanya.
Astro Arena
Wed Jun 24 2020

Shalin dan Azizulhasni masing-masing sudah melakar pelbagai kejayaan untuk negara sejak sekian lama. - Bernama/Twitter
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

KOM cari ketua jurulatih bagi enam disiplin, atlet bersara boleh mohon
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sedang mencari ketua jurulatih bagi enam disiplin bagi memperkuat struktur kejurulatihan badan induk itu.

Bersara: Syaidatul Afifah ingin teroka bidang baharu
Atlet kelahiran Perak berusia 29 tahun itu memberitahu tempoh awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi ruang kepadanya memikirkan hala tujunya.

Bersediakah Malaysia kehilangan dua lagi ikon sukan?
Bersediakah kita kehilangan dua lagi atlet berstatus legenda sekiranya mereka mengambil pendekatan sama tahun depan?