PUTRAJAYA: Kerajaan akan menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) dalam usaha memperkukuh ekosistem perundangan syariah di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 30 badan bukan kerajaan (NGO) wanita Islam di sini hari ini, Zulkifli berkata proses penubuhan JPSM kini dalam peringkat perbincangan.
"Kita ingin tubuh JPSM dan ia sedang dalam peringkat perbincangan, moga ia dapat dihasilkan dan keseluruhan ekosistem perundangan syariah diperkukuhkan," katanya.
Beliau berkata kerajaan komited melaksanakan pemerkasaan perundangan syariah secara sistematik dan teratur termasuk menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
"Bukan sahaja RUU 355, kita akan bawa RUU lain seperti RUU mufti, pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan ada beberapa lagi. Kita bergerak secara menyeluruh bukan sahaja aspek RUU 355," katanya.
Zulkifli berkata inisiatif penubuhan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) juga merupakan komitmen kerajaan untuk mempertingkat pengetahuan, kemahiran dan kapasiti di mahkamah syariah.
"Pemerkasaan perundangan syariah telah dilaksana dan berlaku begitu sistematik dan teratur," katanya.
Ahad lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata sesi libat urus mengenai RUU 355 kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Mengenai pertemuan dengan NGO wanita hari ini, Zulkifli berkata Majlis Wanita Islam YADIM (MAWIM) akan menjadi penaung kepada gerakan wanita Islam bagi melaksanakan aktiviti dengan dibantu kerajaan dari aspek teknikal dan lain-lain.
"Kerajaan MADANI amat ambil berat tentang segmen dan hal ehwal aspek wanita. Kita ingin selaras, seragam dan kukuhkan aktiviti (libat NGO wanita)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
![Kerajaan bakal tubuh Jabatan Pendakwaan Syarie, perkukuh ekosistem perundangan syariah Kerajaan bakal tubuh Jabatan Pendakwaan Syarie, perkukuh ekosistem perundangan syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708511641_TBZulkifliHasan.jpg)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan mengadakan pertemuan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita di Kompleks Islam Putrajaya. - Foto BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707986177_TBMohamadSabujp.jpg)
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
![Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597632689_DATUKTENGKUMAIMUN.jpg)
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
![Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706011048_MohdNaimMokhtar.jpg)
Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.
![Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700543548_AnwarIbrahim.jpg)
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah
Mohd Na'im berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes.
![85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan 85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675099174_DrMohdNaimMokhta.jpg)
85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan
Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.
![Maria Chin dapat kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Syariah Maria Chin dapat kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661151787_TBmariachin.jpg)
Maria Chin dapat kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Syariah
Hakim juga juga membenarkan permohonan Maria untuk mendapatkan perintah penangguhan prosiding komital di Mahkamah Syariah.
![Isu murtad: Bukan bidang kuasa mahkamah sivil - Hakim Isu murtad: Bukan bidang kuasa mahkamah sivil - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657645618_TBmahkamahkL.jpg)
Isu murtad: Bukan bidang kuasa mahkamah sivil - Hakim
Hakim berkata mahkamah syariah tidak salah dan tidak bertindak ultra virus dalam memutuskan permohonan wanita itu.
![Ketua jabatan bertanggungjawab laksana perintah mahkamah kes tuntutan nafkah Ketua jabatan bertanggungjawab laksana perintah mahkamah kes tuntutan nafkah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649172186_TBMohdShafiqAbdulla.jpg)
Ketua jabatan bertanggungjawab laksana perintah mahkamah kes tuntutan nafkah
Ketua jabatan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap sebarang perintah terutamanya arahan pemotongan gaji yang diputuskan Mahkamah Syariah.
![Kerajaan setuju cadangan perintah perceraian, tuntutan nafkah secara serentak - PM Kerajaan setuju cadangan perintah perceraian, tuntutan nafkah secara serentak - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648037677_sidangmedia.jpg)
Kerajaan setuju cadangan perintah perceraian, tuntutan nafkah secara serentak - PM
Kerajaan bersetuju mencadangkan supaya hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak.