Kementerian Kerja Raya mempunyai cadangan untuk membina laluan lintas bagi memudahkan pengguna Lebuh Utara-Selatan yang menuju ke utara supaya tidak perlu melalui Plaza Tol Juru dan Sungai Dua, Pulau Pinang.
Namun, Menteri berkenaan Datuk Fadillah Yusof berkata pelaksanaannya bergantung kepada kos pembinaan.
Cadangan itu sedang diteliti Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri, katanya semasa menjawab soalan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Othman bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk merobohkan plaza tol di Juru dan Sungai Dua bagi mengurangkan kesesakan teruk pada musim-musim perayaan.
Fadillah berkata setakat ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan kutipan tol di kedua-dua plaza tol itu.
Ini kerana kadar tol di lebuh raya berkenaan telah disusun semula pada 2011, dengan pengguna masih menikmati kadar tol lebih rendah berbanding kadar sepatutnya mengikut perjanjian konsesi, katanya.
Beliau berkata kementerian sedia maklum mengenai masalah kesesakan yang sering berlaku di lebuh raya berkenaan pada musim perayaan utama termasuk di kedua-dua plaza tol berkenaan, dan sudah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkannya.
"Kementerian menetapkan perintah larangan ke atas kenderaan berat dan mengarahkan semua kerja pembinaan di lebuh raya itu dihentikan untuk tempoh masa tertentu pada musim perayaan utama," katanya.
Fadillah juga mengingatkan pengguna supaya menggunakan nasihat Cadangan Waktu Perjalanan yang dikeluarkan syarikat konsesi Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebagai panduan untuk mengatur perjalanan.
Terdahulu, beliau berkata kerajaan tidak berhasrat menawarkan diskaun 20 peratus untuk bayaran tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang.
"Ini kerana ia akan melibatkan implikasi kewangan yang perlu ditanggung kerajaan," katanya.
Menurutnya kadar tol yang dikenakan adalah berpatutan dengan mengambil kira kos keseluruhan projek iaitu RM4.5 bilion bagi jambatan sepanjang 24km itu.
Beliau menjawab soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) yang bertanya sama ada kadar tol jambatan itu akan diselaras dengan kadar tol di Jambatan Pulau Pinang.
Bernama
Wed Oct 29 2014
FADILLAH: Setakat ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan kutipan tol di kedua-dua plaza tol itu.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Belanjawan 2025: KPK kemuka dua cadangan perkasa industri sawit
Kementerian Perladangan dan Komoditi mengemukakan dua cadangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.
MOT pelawa orang ramai beri cadangan RC, VEP di sempadan Malaysia-Thailand
MOT akan menganjurkan satu sesi taklimat kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangun sistem dan mengoperasikan pengurusan sistem RCVEP di 8 pintu masuk sempadan Malaysia dengan Thailand.
Runding cara baik, tanpa belakangkan Perlembagaan - PM
Setiap pandangan dan cadangan boleh dirunding dengn baik tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi berparlimen, dan prinsip Raja Berperlembagaan.
Perjanjian Bijirin: PBB hantar cadangan pulih semula perjanjian Laut Hitam pada Rusia
PBB percaya telah membentangkan cadangan yang boleh mejadi asas untuk pembaharuan perjanjian dan ia adalah stabil.
Bursa minta maklum balas awam mengenai rangka kerja dipertingkatkan bagi penasihat pasaran utama
Bursa juga mencadangkan pindaan ke atas Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama bagi kejelasan dan konsistensi.
Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan - Exco
Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.
Mega dan megah... Jokowi kongsi cadangan reka bentuk ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan
Perkongsian video itu menerima jutaan komen daripada pengikut Instagram Jokowi, yang mengetengahkan pelbagai maklum balas.
Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR
Ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelari semula pembelajaran yang tertinggal.
Olimpik Tokyo: Presiden IOC tolak dakwaan ia dibatalkan, tetap anjurkan
Jelas Bach, ketika ini, temasya tersebut bukan mengenai adakah ia akan berlangsung, sebaliknya bagaimana ia akan dilangsungkan.
Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.