KUALA LUMPUR: Kenyataan bersama memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan intipati perbincangan antara pihak kerajaan dan juga pembangkang mungkin akan dikeluarkan hari ini.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa, yang juga merupakan ahli jawatankuasa yang dilantik mewakili pihak kerajaan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara dasarnya bersetuju dengan syor yang telah dinyatakan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak setakat ini.
"Ini adalah sebahagian agenda transformasi tersebut yang membabitkan pentadbiran, politik, Parlimen dan tatatkelola kerajaan agar kerajaan lebih inklusif dan mampu menangani masalah negara dalam menghadapi pandemik, ekonomi dan lain-lain dengan lebih baik.
"Dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak, kita harap akan ada kenyataan bersama pada hari ini," katanya ketika hadir Program Penyerahan Bantuan Makanan Kepada Golongan Memerlukan Rumah Prihatin di ibu negara pagi tadi.
Namun jelasnya, persefahaman itu masih tertaluk kepada syor-syor yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak untuk dimuktamadkan sedikit masa lagi.
"Ia telah dibincangkan secara terperinci, Perdana Menteri dan kabinet setuju untuk jawatankuasa ini sediakan draf untuk dimuktamadkan.
"Setakat ini kita alu-alukan kenyataan pihak Pakatan Harapan dan mereka cenderung untuk bersetuju dengan syor tertaluk beberapa perkara untuk diputuskan," jelasnya.
Tan Sri Annuar Musa juga menjelaskan apa yang sedang diusahakan ini adalah inisiatif pihak kerajaan yang mempunyai kesungguhan dalam merencanakan transformasi politik yang lebih tersusun.
Perbincangan terhadap memorandum persetujuan ini membabitkan lima wakil daripada pihak kerajaan dan enam daripada blok gabungan parti-parti pembangkang.
Tambahnya persetujuan antara kedua-dua belah pihak juga berkemungkinan membabitkan perkara-perkara pindaan perlembagaan dan akta sedia ada.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Sep 12 2021

Annuar Musa melihat MoU kerajaan-pembangkang akan mewujudkan semak dan imbang yang lebih baik. - Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.