KUALA LUMPUR: Sebelum mudah membuat rumusan kurang tepat, adalah elok untuk semua orang memahami dengan jelas bahawa terdapat dua jenis pokok ganja yang mana bukan kedua-duanya memberikan kesan khayal atau ‘high’ dan negatif.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS), Dr Khafidz Mohd Ishak, ada ganja betina yang dipanggil ‘marijuana’ manakala ganja jantan pula dikenali sebagai ‘hemp’.
Kedua-dua spesis berkenaan, jelas beliau, mengandungi dua bahan psikoaktif utama iaitu tetrahydrocannabinol (THC) dan cannabidiol (CBD) tetapi dalam jumlah yang berbeza.
“THC ini yang menyebabkan seseorang pengguna itu rasa ‘high’ kalau kandungannya tinggi.
“Spesis ganja betina atau ‘marijuana’ mengandungi kandungan THC yang tinggi antara 10 hingga 35 peratus, sementara spesis jantan atau ‘hemp’ hanya mengandungi tidak lebih daripada 0.3 peratus THC.
“Maknanya kita tidak boleh pukul rata, betul ia pokok ganja tapi ia terbahagi kepada dua dan jenis ‘hemp’ ini yang kita gunakan untuk perubatan,” kata Dr Khafidz ketika diwawancara oleh Nazri Kahar
dalam program Agenda AWANI.
Selain mengandungi kandungan CBD yang lebih tinggi dan banyak digunakan untuk merawat penyakit seperti kemurungan, sawan, epilepsi dan keresahan, pokok ganja ‘hemp’ juga menjadi bahan asas kepada lebih 20,000 produk industri antaranya kertas, kain, tali dan bahan gentian.
Namun begitu, tegasnya, perjalanan kita masih jauh untuk menjadikan ganja ‘hemp’ itu sebagai sebuah industri yang terkawal selia.
Justeru, katanya, adalah lebih elok ketika ini kita memberi tumpuan khusus untuk menggunakannya untuk tujuan perubatan dahulu.
Ikuti rakaman temu bual penuh bersama Dr. Khafidz dalam program Agenda AWANI di sini:
Israr Khalid
Sat Apr 16 2022

Pokok ganja mengandungi dua bahan psikoaktif utama, yakni THC dan CBD. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.

IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.

Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.

Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.

Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.