PUTRAJAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diminta untuk memberi penjelasan berhubung justifikasi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada rakyat.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat perlu diberi kefahaman yang sewajarnya terhadap keputusan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus semalam.
"Hari ini kita membincangkan laporan yang dikemukakan oleh BNM dan juga DOSM berhubung beberapa pengumuman yang dibuat sehari dua ini. Kita bersetuju untuk memastikan BMM dan DOSM membuat penjelasan lanjut bagi pengetahuan orang ramai berkaitan dengan OPR.
"Saya harap kita semua dapat memahami bahawasanya badan yang menentukan kadar faedah itu adalah satu badan yang bebas.
"Mereka mempunyai alasan-alasan, sebab tertentu, tapi mereka juga perlu membuat penjelasan agar orang ramai dapat memahami justifikasi kenapa tindakan tertentu diambil oleh BNM. Kefahaman yang sewajarnya perlu disampaikan kepada orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi, di sini pada Khamis.
Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan untuk menaikkan OPR yang menjadi penanda aras pinjaman dan tabungan iaitu sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 2.25 peratus.
Susulan peningkatan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR juga meningkat masing-masing kepada 2.50 peratus dan 2.00 peratus.
Ia kenaikan kedua berturut-turut tahun ini selepas BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus semasa mesyuarat terakhirnya Mei lalu.
Astro Awani
Thu Jul 07 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa pada Sidang Media berkaitan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekal OPR tidak berubah pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiga prinsip asas pacu peranan kewangan Islam lonjak ekonomi - BNM
Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global.
Saham perladangan, pembinaan pacu Bursa Malaysia ditutup meningkat
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM30.49 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.53 bilion dalam dana Islam.