Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM30.49 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.53 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion bagi 30 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM1.0 bilion untuk tujuh hari.
Selain itu, BNM telah mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bagi RM34.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM20.5 bilion.
-- BERNAMA