KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) telah menyuarakan kebimbangan bahawa kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 secara serta-merta mulai 1 Mei depan mungkin mengakibatkan peningkatan kos yang mendadak dan menjejaskan pemulihan perniagaan untuk tahun 2022.
Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata kenaikan daripada RM1,200/RM1,100 kepada RM1,500 ketika ini menunjukkan peningkatan mendadak antara 25 hingga 36 peratus terhadap gaji pokok yang akan memberi kesan kepada kos gaji secara keseluruhan dan memberi kesan ke atas kos perniagaan yang berpotensi menjejaskan pemulihan ekonomi.
"Pihak industri telah berulang kali menegaskan bahawa ia menyokong semakan semula terhadap gaji minimum tetapi berdasarkan faktor ekonomi semasa di mana persekitaran perniagaan terus berada dalam keadaan tidak stabil, pelarasan progresif dengan peningkatan RM150 pada 2022 dan kenaikan seterusnya sebanyak RM150 pada 2023 untuk mencapai gaji minimum RM1,500 akan lebih terurus untuk industri," katanya dalam satu kenyataan.
"Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya di kawasan pinggir bandar akan paling terkesan dengan kenaikan mendadak kos gaji ini memandangkan hanya perusahaan mikro akan dikecualikan untuk tempoh lapan bulan sehingga bulan Disember tahun 2022," katanya. .
Soh berkata ekonomi juga akan menyaksikan aliran keluar bulanan sekitar RM500 juta dengan mendadak menerusi pengiriman wang oleh pekerja asing (berdasarkan 1.6 juta pekerja asing yang sah) tanpa kesan positif langsung kepada ekonomi tempatan.
"Ketika ini, industri sedang berhadapan dengan peningkatan kos apabila perniagaan terus membina semula prestasi mereka ke tahap seperti sebelum pandemik termasuk kos bahan mentah, kos logistik dan harga tenaga yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga komoditi.
"Akhirnya, kenaikan gaji minimum akan mendorong lagi kos pengeluaran dan membawa kepada tekanan inflasi yang lebih besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
SOH: Akhirnya, kenaikan gaji minimum akan mendorong lagi kos pengeluaran dan membawa kepada tekanan inflasi yang lebih besar. - Gambar fail/BERNAMA
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Kenaikan dalam gaji minimum akan menjejaskan pemulihan perniagaan - FMM
Menurut FMM, ia mungkin akan mengakibatkan peningkatan kos yang mendadak dan menjejaskan pemulihan perniagaan untuk tahun 2022.
Kenaikan gaji minimum boleh dorong kenaikan harga barangan - Pakar ekonomi
Apabila kenaikan harga itu diserap, majikan atau pengusaha sering kali mengalihkan kos tambahan kepada pengguna.