KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 berkemungkinan boleh meninggalkan kesan harga iaitu harga barangan akan meningkat, kata Profesor Kehormat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Datuk Dr Madeline Berma.
Beliau berkata kenaikan gaji minimum juga boleh menyebabkan kesan penggantian kerana apabila kenaikan harga barangan itu diserapkan, sering kali majikan atau pengusaha akan mengalihkan kos tambahan kepada pengguna.
"Oleh itu, ada yang tidak menikmati kenaikan gaji minimum tetapi secara makronya harga barangan naik.
"Bagi saya, isunya bukan sahaja mengurus kenaikan gaji minimum kerana yang terkesan adalah rakyat secara keseluruhannya. Isu ayam, telur, rantaian bekalan itu yang patut dibincangkan.
"Kesan lain ialah ada sesetengah majikan menyatakan bahawa ini adalah waktu terbaik untuk menggantikan pekerja dengan mesin atau teknologi baharu daripada terpaksa menanggung beban kenaikan gaji buruh," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Kos Sara Hidup Naik, Gaji Masih Sama... Sampai Bila? - Pekerja Malaysia' terbitan Bernama TV malam tadi.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kebenaran bahawa dari segi ekonomi, terdapat kebenaran apabila meletakkan wang di tangan pengguna atau individu akan menjana ekonomi kerana pendapatan itu akan dibelanjakan.
"Seperti yang saya sebut sebelum ini, sasarannya kena betul sebab ramai dalam sektor tidak formal berada dalam kalangan pendapatan rendah," katanya.
Beliau berkata belum masanya untuk kenaikan gaji minimum kerana majikan ketika ini banyak yang bertahan atas dasar subsidi kerajaan.
"Kebanyakannya bertahan atas dasar subsidi kerajaan dan kita tahu subsidi upah ini akan berakhir tidak lama lagi. Saya lebih khuatir mengenai masa sebab kita memerlukan bisnes dari segi mikro, skala sederhana dan skala besar ini untuk pulih dahulu.
"Kos sekarang, kini kita tambahkan lagi kos buruh, dengan kos modalnya, belum cerita lagi rantaian bekalan yang tersekat-sekat. Bagi saya, kita harus benarkan dahulu perniagaan 'bernafas'.
"Bagi saya, waktunya mungkin pada masa ini belum sesuai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022

Madeline tidak menolak kebenaran bahawa dari segi ekonomi, terdapat kebenaran apabila, meletakkan wang di tangan pengguna atau individu, akan menjana ekonomi, kerana pendapatan itu akan dibelanjakan. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kenaikan dalam gaji minimum akan menjejaskan pemulihan perniagaan - FMM
Menurut FMM, ia mungkin akan mengakibatkan peningkatan kos yang mendadak dan menjejaskan pemulihan perniagaan untuk tahun 2022.

Kenaikan gaji minimum boleh dorong kenaikan harga barangan - Pakar ekonomi
Apabila kenaikan harga itu diserap, majikan atau pengusaha sering kali mengalihkan kos tambahan kepada pengguna.