KUALA LUMPUR: Penggunaan frasa serta konsep ‘Keluarga Malaysia’ dalam penggubalan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), adalah untuk memastikan tidak ada mana-mana kaum atau etnik ini ketinggalan dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam konsep tersebut, antara semangat yang diterapkan kerajaan ialah mengutamakan keperluan melindungi, membantu, serta jangan biarkan rakyat terus dalam kesusahan.
Selain itu, beliau berkata, maruah rakyat, dalam konteks Keluarga Malaysia, juga perlu dijaga serta tidak boleh dicemari oleh sesiapa pun.
“Saya melihat perbezaan ini sebagai kelebihan. Jangan anggap ia satu kelemahan. Perbezaan perlu diraikan. Dan perbezaan itu sepatutnya menjadi kekuatan kepada kita. Jangan perbezaan menjadi halangan kepada kita untuk bersatu atau berpadu. Itu yang penting.
“Sebab itu konsep Keluarga Malaysia yang saya sebut dari awal lagi, bahawa, kita dengan keluarga kita, tentu keutamaan kita untuk lindungi keluarga kita, bantu keluarga kita. Kita tidak akan biarkan keluarga kita susah, pasti kita akan bantu,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian dalam program Wawancara Khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri, yang disiarkan di Astro AWANI, TV3 dan RTM pada Ahad malam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, RMK-12 menerapkan semangat keterangkuman, terutamanya dalam menyediakan akses dan peluang pendidikan, ekonomi, dan pembangunan modal insan.
Namun, kata Ismail Sabri lagi, fokus RMK-12 sudah semestinya lebih tertumpu ke arah memperbaiki kualiti dan kesejahteraan hidup kumpulan miskin tegar, B40 serta M40.
“RMK-12 merangkumi semua kaum. Sebab itu kalau kita tengok dokumen RMK-12, ianya menyebut semua kaum. Tidak ada satu pun ketinggalan.
“Sebagai contoh, Bumiputera jelas fokus keenam perkasa agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia. Fokus khusus untuk Keluarga Malaysia, ada fokus tentang membantu meningkatkan ekonomi Bumiputera, terutamanya melibatkan ekonomi, termasuk akses dan peluang pendidikan, modal insan, dan sebagainya,” katanya lagi.
Ismail Sabri berkata, kerajaan melalui RMK-12 juga akan memastikan kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli dapat dipertingkatkan, melalui pendidikan dan penambahbaikan infrastruktur di perkampungan mereka.
Bagi Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri berkata, RMK-12 menyebut jelas program khas yang telah digariskan, menyentuh kaum dan etnik di dua wilayah tersebut secara khusus.
“Kita sebut bukan setakat Sabah dan Sarawak, tapi fokus kepada etnik itu sendiri Di Sabah kita ada Kadazan, Dusun, Murut. Dan di Sarawak kita sebut tentang kaum Iban, Bidayuh, Melanau semua kita sebut. Dan kita ada program khusus bantu mereka tingkatkan ekonomi,” katanya lagi.
Bagi masyarakat Cina pula, Perdana Menteri berkata, ada keperluan khusus untuk pembangunan sosioekonomi, terutamanya di Kampung-kampung Baru Cina, kerana kemiskinan di kawasan berkenaan masih tinggi.
Antara program yang digariskan, kata beliau lagi, termasuklah memperkenalkan skim pinjaman khas untuk penduduk di kampung-kampung baru Cina, serta penambahbaikan infra di kawasan berkenaan.
Begitu juga dengan masyarakat India, yang mana Perdana Menteri berkata, di dalam RMK-12 terdapat keperluan untuk pembangunan dan pemberian bantuan khusus untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi kaum tersebut.
“Dari segi kaum, kita tak tinggalkan satupun, etnik. RMK-12 akan menumpukan kepada mereka, dari segi pembangunan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup mereka.
“RMK-12 ini, mencakupi semua. Tidak ada siapa pun (tertinggal). Dengan tagline saya sebutkan - tidak ada sesiapa akan ketinggalan dalam negara kita, terutamanya dalam Rancangan RMK-12 ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Oct 03 2021
Ismail Sabri berkata, RMK-12 menerapkan semangat keterangkuman, terutamanya dalam menyediakan akses dan peluang pendidikan, ekonomi, dan pembangunan modal insan. - Gambar fail
Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).
Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.
Jepun usaha jadikan budaya onsen sebagai warisan tidak ketara UNESCO
Sekumpulan gabenor Jepun berhasrat menjadikan budaya mandian air panas negara itu tersenarai sebagai warisan tidak ketara UNESCO pada 2028.
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Tumpuan Sabtu – 04 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (03 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petani Kenya guna AI kenal pasti tanaman tidak sihat
Aplikasi yang dibangunkan oleh organisasi bukan untung Plant Village, menawarkan penyelesaian masa nyata untuk isu kesihatan tanaman, satu rahmat untuk petani yang telah lama bergelut untuk mengenal pasti tanaman berpenyakit.
"Rakyat yang tentukan KPI saya" - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, beliau menyedari harapan tinggi yang dizahirkan rakyat terhadap kerajaan dan dirinya
Jurang digital: Harap tiada lagi situasi pelajar panjat pokok, jatuh ke sungai - PM
Melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Kerajaan telah menetapkan sasaran bagi seratus peratus liputan Internet di seluruh negara.
MoU kerajaan, pembangkang budaya politik baharu Malaysia - Ismail Sabri
PM berkata, biarpun MoU itu sejarah baharu untuk Malaysia, konsep itu merupakan amalan biasa untuk negara-negara maju
Tidak perlu lagi My Travel Pass untuk ke luar negara sebaik vaksinasi capai 90 peratus - PM
PM berkata, kebenaran itu hanya akan diumumkan apabila populasi dewasa di negara ini mencapai kadar 90 peratus vaksinasi lengkap.
Rentas negeri: 'Saya faham perasaan tak dapat jumpa ibu bapa, berita gembira tak lama lagi' - Ismail Sabri
PM berkata, sejurus populasi dewasa mencapai 90 peratus lengkap vaksinasi, Kerajaan akan membenarkan aktiviti rentas negeri
'Keluarga Malaysia' pastikan semua tidak ketinggalan dalam RMK-12 - Ismail Sabri
RMK-12 menerapkan semangat keterangkuman, terutamanya dalam menyediakan akses dan peluang pendidikan, ekonomi, dan pembangunan modal insan.