KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti trend-trend terkini jenayah komersil yang diguna pakai oleh sesetengah pihak dalam melakukan jenayah penipuan terhadap mangsa.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, antara jenis jenayah itu adalah keldai akaun, pinjaman tidak wujud dan phishing.
1. Keldai akaun
Kegiatan ini melibatkan mangsa yang sanggup menyerahkan kad ATM serta nombor pin kepada individu lain dan akaun tersebut akan digunakan untuk tujuan jenayah.
Modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan meminta keldai akaun (mangsa) membuka akaun bank untuk disewa atau dijual dengan alasan untuk urusan perniagaan atau 'cuci duit' judi dalam talian.
Beberapa cara yang digunakan sindiket untuk mendapatkan keldai akaun adalah dengan cara sewa atau beli, pinjaman ah long, tawaran kerja dan beri pinjam kenalan.
2. Pinjaman tidak wujud
Suspek akan mengiklankan pinjaman wang di media cetak, media sosial atau sistem pesanan ringkas (SMS).
Menerusi kaedah ini juga, suspek akan berurusan melalui telefon serta WhatsApp dan tidak akan berjumpa dengan suspek.
Lazimnya, suspek tidak mempunyai pejabat dan menunjukkan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang palsu. Mangsa kemudian akan diminta membuat bayaran seperti wang jaminan, duti setem, insurans dan bayaran guaman ke akaun bank sebelum suspek menghilangkan diri.
3. Phishing
Phishing adalah merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat perbankan orang lain melalui laman web palsu yang menyerupai laman web asal.
Menerusi cara ini, mangsa akan menerima SMS untuk mengemas kini maklumat perbankan internet dan diminta untuk menekan pautan pada SMS tersebut.
Mangsa kemudian akan memasukkan maklumat perbankan di dalam laman web phishing sebelum diminta menyerahkan nombor TAC kepada pihak bank yang menghubungi mangsa.
Suspek seterusnya memindahkan wang dari akaun mangsa ke akaunnya sendiri.
4. Tipu pelaburan
Modus operandi yang digunakan suspek adalah melalui iklan pelaburan di media sosial, WhatsApp atau kenalan.
Mangsa yang berminat kemudian akan ditawarkan pelaburan yang mudah dan mempunyai keuntungan besar.
Lazimnya mereka akan dijanjikan keuntungan pada 1 hingga 3 bulan pertama. Mangsa akan gagal mendapatkan keuntungan seperti yang dijanjikan dan suspek pula gagal dihubungi.
5. Ah long
Nama ini tidak asing lagi di Malaysia. Ah long adalah merupakan pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
Pelbagai cara digunakan untuk memerangkap mangsa. Antaranya dengan menawarkan iklan pinjaman wang melalui media sosial, SMS atau poster.
Ah long akan mengenakan faedah yang tinggi selain terma pinjaman berubah-ubah. Peminjam yang gagal atau lewat membuat bayaran akan diugut dan diancam untuk menyelesaikan hutang.
6. Pengubahan wang haram
Jenayah ini terbahagi kepada tiga peringkat. Penempatan, lapisan dan integrasi.
Penempatan adalah merupakan kaedah yang mana wang haram dipisahkan dari sumber haram yang diperoleh dan kemudian diletakkan dalam sistem kewangan atau bank.
Manakala, lapisan melibatkan pelbagai proses transaksi dengan menjauhkan lagi dari dana haram. Tujuannya untuk mengaburi dan menyukarkannya untuk dikesan.
Peringkat terakhir adalah integrasi yang mana melengkapkan pengubahan wang haram. Dana haram berjaya masuk dalam sistem ekonomi seolah-olah dari sumber yang sah.
Suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
7. Mata wang Krypto atau cryptocurrency
Jenayah yang melibatkan cyrptocurrency adalah penipuan pelaburan (Skim Ponzi), keldai akaun crypto, penggodaman Digital Exhanger (DAX) dan jenayah pemerasan.
Terdapat empat jenis cryptocurrency yang diluluskan di Malaysia iaitu Bitcoin, Ripple, Ethereum dan Litecoin.
Tiga syarikat DAX yang diluluskan adalah LUNO Malaysia sdn. bhd, SINERGY Technologies (M) Sdn Bhd, TOKENIZE Technology (M) Sdn Bhd.
8. Penyamaran penipuan panggilan atau Macau scam.
Suspek biasanya menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai penguat kuasa, institusi kewangan atau syarikat perkhidmatan seperti bank, Pos Laju, BigPay, Kastam, mahkamah dan sebagainya.
Antara situasi palsu yang direka oleh suspek adalah mengatakan mangsa terlibat kes jenayah atau mempunyai tunggakan bayaran cukai, pinjaman bank dan lain-lain.
Mangsa kemudian diugut akan ditangkap dan didakwa serta tidak dibenarkan untuk memberitahu sesiapa.
Suspek turut meminta mangsa menyerahkan maklumat peribadi seperti perbankan atau memindahkan wang ke akaun bank yang tidak dikenali bagi tujuan siasatan.
9. Love scam
Mangsa berkenalan dengan suspek di media sosial dan lazimnya menyamar menjadi askar, ahli perniagaan serta juruterbang dari luar negara.
Suspek akan berpura-pura ingin memberi hadiah mewah sebagai tanda persahabatan. Bagaimanapun, mangsa kemudian akan diminta membuat pelbagai bayaran seperti cukai dan denda untuk menuntut barangan tersebut yang kononnya telah ditahan.
Selain itu, pelaburan atau wasiat. Melalui cara ini suspek akan meminta mangsa untuk membuat pelbagai bayaran kepada pihak lain bagi tujuan perniagaan atau mendapatkan wang pusaka di Malaysia.
10. Tipu pembelian dalam talian
Mangsa selalunya akan ditawarkan dengan harga barangan jauh lebih murah dari pasaran pada iklan yang dikongsi di media sosial.
Setelah membuat pembayaran, mangsa tidak akan menerima barang yang dijanjikan dan gagal menghubungi suspek.
11. Tipu SMS
Mangsa menerima mesej mengatakan telah memenangi hadiah peraduan sebelum berkongsi maklumat peribadi di laman web phishing.
Secara tidak langsung juga mangsa telah memberikan pelbagai maklumat untuk digunakan suspek termasuk maklumat perbankan.
12. Kompromi emel perniagaan atau business email compromise
Cara ini digunakan untuk mengelirukan mangsa khasnya menerusi pertukaran kecil pada emel syarikat.
Ini sekali gus membuatkan mangsa tidak sedar dan telah mengikuti proses penipuan seperti perkongsian maklumat kepada suspek.
13. Tipu TAC
Teknik licik ini juga digunakan penjenayah untuk mengelirukan mangsa. Mangsa yang tidak sedar akan memberi pendedahan maklumat yag tidak sepatutnya selain bersetuju dengan jumlah transaksi yang diterima menerusi mesej.
14. Tipu menyamar kenalan
Cara penyamaran mudah untuk mengelirukan mangsa yang kebanyakan terdiri dari warga emas.
Selalunya, suspek akan menghubungi mangsa melalui telefon atau WhatsApp. Mereka kemudian menyamar sebagai kenalan atau ahli keluarga.
Suspek akan meminta untuk meminjam wang dengan pelbagai alasan.
Nickyson Nyambar
Wed Feb 02 2022
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti trend-trend terkini jenayah komersil yang diguna pakai oleh sesetengah pihak dalam melakukan jenayah penipuan terhadap mangsa. - Gambar hiasan
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.
Jurutera Singapura rugi RM1.9 juta ditipu pelaburan tidak wujud
Tertarik janji keuntungan lima hingga 12 peratus, jurutera Singapura kerugian RM1.9 juta akibat penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Kes jenayah dalam talian meningkat lebih 35 peratus pada 2023
Jenayah e-Dagang merupakan penyumbang tertinggi jenayah dalam talian pada 2023 iaitu sebanyak 33.2 peratus, diikuti jenayah telekomunikasi.
Pegawai perubatan rugi lebih RM100,000 terperdaya tawaran kerja sambilan
Mangsa yang percaya dan tertarik dengan pulangan lumayan telah mendaftar sebagai ejen dalam sebuah laman sesawang.
Polis siasat penipuan saham 'Online Dimensional Investment' libatkan kerugian RM3.46 juta
Modus operandi suspek adalah memperdaya mangsa menyertai pelaburan itu melalui akaun pelaburan saham QFII yang dipanggil L-Trader Max.
Peniaga kerugian lebih RM200,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik untuk menyertai satu skim pelaburan atas nama Efinity Capital yang menawarkan keuntungan lumayan.