Kelantan mula dilanda banjir hari ini setelah hujan lebat beberapa hari lalu menyebabkan Sungai Golok merentasi daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah dan berlaku banjir di kawasan sekitar
menyebabkan 18 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Menurut Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), dengan Kelantan merupakan negeri terbaharu dilanda banjir, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan kini adalah seramai 430 orang di seluruh negara.
Negeri lain yang sedang dilanda banjir ialah Terengganu yang mencatat jumlah perpindahan seramai 305 orang, Selangor (91 orang) dan Johor (16 orang).
Di Kelantan, kesemua mangsa terdiri daripada empat keluarga di Kampung Tasek, Bukit Awang, Pasir Puteh yang telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Awang sejak pukul 12 tengah malam tadi setelah rumah mereka digenangi air sedalam hampir satu meter.
Di Terengganu tujuh pusat pemindahan dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Setiu, Marang dan Dungun, diikuti hanya satu pusat dibuka di Johor iaitu di Batu Pahat, manakala di Selangor, tiga pusat pemindahan dibuka di Kuala Selangor dan Klang.
Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), tiga batang sungai di Terengganu melebihi paras bahaya iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Sungai Besut di Kampung La dan Sungai Berang di Kampung Menerong.
Manakala di Kelantan, Sungai Golok di daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang juga melebihi paras bahaya.
Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.
Daerah yang dijangka terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelanta manakala di Terengganu meliputi Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Dalam pada itu, hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana di Pahang dan Johor hari ini dijangka berterusan sehingga Rabu.
Kawasan tersebut ialah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Bernama
Mon Dec 24 2012
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Henti tular video tiga beradik maut akibat renjatan elektrik - MCMC
Langkah itu bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden berkenaan.
Jalan ditutup akibat banjir di Kelantan
Kebanyakan jalan sudah ditutup sementara beberapa jalan dibuka dengan satu lorong.
Gelombang pertama dan kedua banjir telah meragut 5 nyawa di Kelantan
Banjir gelombang pertama dan kedua yang melanda Kelantan awal Disember dan beberapa hari lalu merekodkan lima kematian akibat lemas.
Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan di Pantai Timur
Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
Kelantan dilanda banjir selain T'ganu, Johor dan Selangor
Kelantan mula dilanda banjir hari ini setelah hujan lebat beberapa hari lalu menyebabkan Sungai Golok merentasi daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah dan berlaku banjir.