Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.
Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).
Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang kini masih melepasi paras bahaya walaupun dilaporkan susut sedikit berikutan tiada hujan sejak malam tadi.
Bacaan di sungai-sungai utama lain bagaimanapun masih bertahan di paras amaran.
Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini. Cuaca di Kelantan ketika ini mendung.
Di Terengganu, mangsa paling ramai dipindahkan ialah di daerah Besut melibatkan 1,096 orang diikuti Setiu (461), Dungun (317), Kemaman (251), Marang (224), Hulu Terengganu (154) dan Kuala Terengganu (91).
Kemaman merupakan daerah terakhir mengalami banjir petang semalam berikutan kawasan rendah dinaiki air.
Sebanyak 52 pusat pemindahan banjir kini dibuka di seluruh Terengganu.
Sementara itu, jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu di kilometer 78.5 berdekatan Kampung Guntong Luar di Setiu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.3 meter.
Laluan sepanjang dua kilometer di km 68.1 hingga km70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35m juga ditutup kepada kenderaan ringan.
Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air sedalam 0.6m.
Bernama
Tue Dec 25 2012
![Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan di Pantai Timur Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan di Pantai Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/51356099312_120x90.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Henti tular video tiga beradik maut akibat renjatan elektrik - MCMC Henti tular video tiga beradik maut akibat renjatan elektrik - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666270026_MCMCLogo.jpg)
Henti tular video tiga beradik maut akibat renjatan elektrik - MCMC
Langkah itu bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden berkenaan.
![Jalan ditutup akibat banjir di Kelantan Jalan ditutup akibat banjir di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671422886_banjirkelantan.jpg)
Jalan ditutup akibat banjir di Kelantan
Kebanyakan jalan sudah ditutup sementara beberapa jalan dibuka dengan satu lorong.
![Gelombang pertama dan kedua banjir telah meragut 5 nyawa di Kelantan Gelombang pertama dan kedua banjir telah meragut 5 nyawa di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576637623_TBBANJIRJELIjpg.jpg)
Gelombang pertama dan kedua banjir telah meragut 5 nyawa di Kelantan
Banjir gelombang pertama dan kedua yang melanda Kelantan awal Disember dan beberapa hari lalu merekodkan lima kematian akibat lemas.
![Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan di Pantai Timur Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan di Pantai Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/51356099312_120x90.jpg)
Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan di Pantai Timur
Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
![Kelantan dilanda banjir selain T'ganu, Johor dan Selangor Kelantan dilanda banjir selain T'ganu, Johor dan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/61353825368_120x90.jpg)
Kelantan dilanda banjir selain T'ganu, Johor dan Selangor
Kelantan mula dilanda banjir hari ini setelah hujan lebat beberapa hari lalu menyebabkan Sungai Golok merentasi daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah dan berlaku banjir.