KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi di dalam syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB), malah kedudukannya dalam syarikat itu bertujuan mewakili kerajaan negeri.
"Saya ingin tegaskan saya mewakili kerajaan negeri untuk memastikan kepentingan kerajaan negeri tidak terganggu dan tidak terkurang," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Perikatan Nasional (PN) Selangor hari ini mengenai penganugerahan kontrak bernilai RM700 juta oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada LLB bagi projek SMG.
Amirudin berkata LLB adalah milik penuh kerajaan negeri merangkumi 45 peratus milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) dan 55 peratus milik Berjaya Land yang telah diputuskan bagi mengetuai projek Selangor Maritime Gateway (SMG) pada tahun 2018.
"Pada Oktober 2022, Landasan Lumayan membentangkan cadangan pendalaman Sungai Klang sebagai sebahagian daripada projek SMG dan menangani banjir dengan anggaran kos RM700 juta hasil penelitian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor dan perunding yang dilantik.
"Kos projek ini dibiayai oleh Landasan Lumayan melalui pengecualian premium tanah (RM117 juta), tanggungan hutang RM54 juta dan selebihnya melalui penerokaan pembiayaan oleh MBI. Projek ini tidak melibatkan sebarang suntikan tunai daripada kerajaan negeri seperti didakwa," katanya.
Amirudin juga menjelaskan kedudukan beliau dan Exco Selangor Izham Hashim dalam Lembaga Pengarah LLB juga seharusnya tidak menimbulkan sebarang isu berikutan peranannya adalah bagi mewakili kepentingan MBI dan kerajaan negeri.
"Justeru, saya mengucapkan tahniah kepada PN yang menghantar 'peluru kapur' untuk menyerang kerajaan negeri, boleh cuba lagi pada masa depan.
Terdahulu, PN Selangor menggesa pihak berkuasa itu menyiasat sebarang pembabitan Amirudin dengan sebuah syarikat yang didakwa dianugerahkan projek bernilai RM700 juta secara rundingan terus oleh kerajaan negeri itu.
Gesaan itu dibuat susulan tularnya dakwaan di media sosial mengenai Amirudin yang menyalahguna kuasa beliau dengan menggunakan kedudukan sebagai menteri besar bagi menganugerahkan projek itu kepada syarikat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
Amirudin jawab dakwaan mengenai penganugerahan kontrak bernilai RM700 juta oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada LLB bagi projek SMG. - Gambar fail
19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin
Amirudin akan mengumumkan jumlah keseluruhan premis ditutup termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu pada Rabu.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Peralihan monsun: Selangor mulakan persediaan hadapi banjir - Amirudin
Amirudin berkata semua PPS yang telah didaftarkan bagi menempatkan mangsa banjir pada 2021 juga akan diaktifkan semula sekiranya banjir berlaku.
Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISB) dipercepatkan.
Belanjawan Selangor 2025 dibentang pertengahan November - MB
Belanjawan Selangor 2025 yang sepatutnya dibentangkan pada 8 November diubah kepada pertengahan November depan.
Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Pembukaan pasar raya itu kesinambungan daripada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) anjuran PKPS sejak Ogos 2022 supaya rakyat mempunyai akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan.
MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.
Kompleks Islam Wira Damai bakal beri manfaat 10,000 penduduk
Amirudin berkata, projek di bawah kerajaan negeri menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) itu didirikan di atas tanah seluas 4.249 hektar dan dijangka siap awal tahun 2027.
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT malam ini.