SIK: Satu tribunal siasatan khas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu segera ditubuhkan bagi melakukan siasatan secara mendalam dan terperinci berhubung isu kecurian nadir bumi (REE) yang berlaku di Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Enggang, baru-baru ini.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri yang juga Pengerusi Yayasan Jariah Malaysia, Mahadzir Abdul Hamid menjelaskan, siasatan berkenaan amat diperlukan bagi memastikan isu kecurian REE di beberapa kompartmen dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Menurutnya, ia juga bagi memastikan tidak berlaku sebarang aktiviti penyelewengan, salah guna kuasa, dan salah laku daripada pihak berkepentingan di kawasan berkenaan.
Beliau turut mendakwa, aktiviti berkaitan kecurian REE di kompartmen 12, 13 dan 14 HSK Bukit Enggang telah berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa atau kerajaan negeri.
"Tiindakan ini kalau tidak dihalang atau dihentikan ia akan timbulkan masalah yang lebih besar, sudah pasti mesti ada sebab perkara ini berlaku. Saya rasa eloklah kerajaan tubuhkan tribunal siasatan ataupun Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dalang atau sebab berlaku benda ini.
"Saya yakin pencuri tidak akan dapat masuk kalau tidak ada kerjasama daripada tuan rumah, kita mengesaki benda ini berlaku walaupun tidak ada bukti, bukti kena siasat, sebab itu kita desak benda ini diambil," tegasnya.
Beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan alam sekitar yang ditemui turut senada dengan cadangan penubuhan RCI atau teibunal siasatan khas.
Bagi mereka, kesan penerokaan yang berlaku juga bakal memberikan kesan yang buruk kepada alam sekitar khususnya membabitkan pencemaran air.
Mereka mendakwa, keputusan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd dan Xiamen Tungsten Co Ltd dalam usaha penerokaan maklumat dan kepakaran bagi perlombongan REE di negeri ini juga disfatkan sebagai tergesa-gesa dan melanggar Akta Perhutanan Negara 1984.
"Kita kena faham HSK Bukit Enggang adalah sumber air bersih penduduk sekitar di DUN Jeneri dan DUN Belantek, dan apabila berlaku pembalakan ladang hutan, satu tadahan orang kampung, di Kampung Paya Terendam telah musnah, kini terpaksa bina tedahan baharu," kata Pengerusi Grass Chapter Kedah, Mohd Sobri Ramlee.
Bagi Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia Meor Razak Meor Abdul Rahman pula, beliau mendakwa MoU yang dilaksanakan oleh Muhammad Sanusi, "bercanggah dengan fakta".
"YAB Menteri Besar telah laksanakan satu MoU yang bercanggah dengan fakta, jadi macam mana seorang Menteri Besar selalu pengerusi jawatankuasa hasil bumi dan perhutanan tidak mengetahui tentang peruntukan akta ini, sepatutnya dia ada agensi teknikal yang menasihati beliau," ujarnya.
Sementara itu, usaha Astro AWANI dan beberapa media lain untuk melakukan tinjauan di kawasan tapak perlombongan REE gagal selepas hanya dibenarkan naik sehingga ke kawasan kaki bukit yang juga kawasan sempadan Hutan Simpanan Kekal (HSK).
Sebelum ini, seramai 52 lelaki ditahan kerana disyaki melakukan penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik dua minggu lalu.
Operasi yang diketuai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) itu turut merampas peralatan dan mesin yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.
Abd Hadi Che Awang
Sat Feb 11 2023

Pengerusi Yayasan Jariah Malaysia, Mahadzir Abdul Hamid (enam, kiri) bersama penduduk setempat membuat bantahan Berkaitan REE di HSK Bukit Enggang, di Kampung Melayu Paya Terendam, Sik hari ini. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Saifuddin dedah gambar, dokumen berkaitan isu REE di Bukit Enggang
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan gambar dan beberapa dokumen Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah berkaitan kecurian REE di Bukit Enggang, Sik,

Sanusi sahkan SPRM panggil 10 Exco Kedah beri keterangan
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan belum dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi.

SPRM siasat menteri besar isu perlombongan REE
SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang menteri besar dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE).

SPRM panggil 6 pihak berhubung siasatan kecurian REE di Kedah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil enam pihak bagi membantu siasatan berhubung kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Kecurian REE: RCI atau tribunal siasatan khas perlu ditubuhkan
Siasatan berkenaan amat diperlukan bagi memastikan isu kecurian REE di beberapa kompartmen dapat dilaksanakan secara menyeluruh.