KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang menteri besar dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE).
Sumber berkata, kegiatan itu dipercayai dilakukan secara tidak sah serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri.
Katanya, isu perlombongan haram dan kerugian hasil bumi ini telah diadukan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Anti-Sanusi (GAS) pada bulan Mac 2023 lalu.
"Turut membuat aduan adalah penduduk di kawasan Bukit Enggang, Sik yang mana kerja-kerja perlombongan haram dikatakan dibuat secara besar-besaran sebelum ditumpaskan oleh pihak berkuasa," katanya.
Katanya, pada Januari 2023, UMNO Kedah juga pernah mengesa SPRM untuk menyiasat dan mendedahkan hasil siasatan sama ada terdapat campur tangan politik dalam isu kecurian REE yang mendatangkan kerugian besar kepada negara.
Dalam pada itu, baru-baru ini, beberapa orang individu pula telah tampil dan membuat aduan rasmi kepada SPRM bagi menyiasat isu salah guna kuasa dan rasuah melibatkan seorang menteri besar.
Ia susulan satu surat tular didakwa berkaitan permohonan kuota pekerja asing kepada Kementerian Dalam Negeri yang kononnya bagi projek usaha sama antara Kerajaan Negeri dengan sebuah syarikat tempatan dan syarikat dari China.
Tambah sumber, difahamkan SPRM Kedah pernah membuka kertas siasatan berhubung isu perlombongan haram REE ini pada awal 2023 dan dikatakan telah memanggil beberapa saksi namun tidak diketahui perkembangan siasatan tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beberapa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
"Ini termasuk kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM Kedah pada Mac 2023 lalu. Namun beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah SPRM akan memanggil Menteri Besar terbabit dalam masa terdekat," katanya.
Astro Awani
Tue Jul 18 2023
Beberapa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Kompetensi makmal forensik digital SPRM diiktiraf - Azam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan kompetensi makmal forensik digitalnya selepas memperoleh Sijil Akreditasi ISO/IEC 17025:2017 daripada Jabatan Standard Malaysia.
1BestariNet: SPRM sahkan tiada unsur jenayah, tiada pertuduhan
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan yang dijalankan sejak September lalu mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet.
Mahkamah Tinggi tolak rayuan, kekalkan hukuman bekas pegawai perancang bandar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas seorang bekas pegawai Perancang Bandar dan Desa di Majlis Daerah Besut yang didapati bersalah menerima wang rasuah.
1BestariNet: Tiada pertuduhan dikenakan oleh SPRM - YTL
YTL Power International Bhd mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan kepada anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd berkaitan dengan projek 1BestariNet oleh SPRM.
Pengurus syarikat disyaki minta rasuah untuk dapatkan gelaran Datuk Seri direman tiga hari
Seorang pengurus syarikat direman untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM375,000 bagi mendapatkan gelaran 'Datuk Seri'.
Belia penentu usaha banteras rasuah, tangani isu integriti
Sehubungan itu, golongan muda perlu menjadi ejen perubahan sekali gus membangunkan Malaysia ke arah yang lebih baik.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.