Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mensasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM3 bilion menerusi operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) pada tahun ini.
Ketua Pengarah, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, operasi yang dikenali sebagai 'Ops CBOS 3.0' itu bermula pada Isnin sehingga 31 Disember 2017 akan melibatkan 200,000 syarikat berdaftar dengan GST.
"Operasi ini kita lancarkan untuk meningkatkan tahap pematuhan terhadap GST khususnya menerusi pendidikan.
"JKDM akan memberikan nasihat secara bersemuka kepada pemilik syarikat berbanding pendekatan melalui penguatkuasaan," katanya pemberita selepas melancarkan Ops CBOS 3.0 di sini, pada Isnin.
BACA: Kastam sasar kutipan GST RM42 bilion tahun ini
BACA: Syarikat perlu patuhi undang-undang GST - Kastam
Beliau berkata, pihaknya mengutip GST sebanyak RM1.5 bilion menerusi operasi yang sama pada 2016.
Khazali berkata, sebanyak 600 pegawai dan anggota JKDM dari bahagian GST, Pematuhan dan Penguatkuasaan akan terlibat dalam Ops CBOS 3.0.
"Pemilik syarikat diberi tempoh sebulan untuk membayar cukai dengan (jumlah) betul selepas menerima nasihat daripada pegawai.
"Sekiranya mereka masih berdegil, JKDM tidak teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah dan mengenakan tindakan penalti sehingga 40 peratus daripada jumlah yang kurang bayar," katanya.
Khazali turut mengingatkan pemilik syarikat untuk tidak membuat pembayaran GST kepada pegawai yang melakukan pemeriksaan.
Ketika ditanya sama ada ops CBOS turut mensasarkan syarikat perniagaan dalam talian atau sebaliknya, beliau berkata, operasi Kastam itu tidak akan melibatkan syarikat dalam talian, bagaimanapun pihaknya akan terus mengesan syarikat berkenaan yang masih tidak mendaftar GST.
Setakat ini, hanya 670 syarikat perniagaan dalam talian telah berdaftar dengan GST sejak sistem pencukaian itu diperkenalkan, katanya.
Kastam menyasarkan kutipan GST keseluruhan sebanyak RM42 bilion bagi 2017.
Pada 4 Feb lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) JKDM Datuk Zulkifli Yahya mengumumkan kira-kira 433,000 syarikat berdaftar di bawah GST sejak sistem pencukaian baharu itu dikuat kuasa pada 1 April 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017

KHAZALI: JKDM mensasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM3 bilion menerusi Ops CBOS pada tahun ini. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kastam sasar bayaran balik cukai input GST capai 85 peratus
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai input (ITC) cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini.

Kastam sasar kutipan GST RM3 bilion menerusi Ops CBOS 3.0 - Khazali
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mensasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM3 bilion menerusi operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) pada tahun ini.

Mesin pengimbas baharu kekang pengisytiharan barang palsu - JKDM
JKDM berjaya mengekang kegiatan pengisytiharan barang palsu di pelabuhan seluruh negara menerusi penggunaan mesin pengimbas yang baru dipasang dan dinaik taraf di pelabuhan utama negara.

Kastam jangka kutip cukai sehingga RM52 bilion untuk 2016
Hasil kutipan cukai Jabatan Kastam Diraja disasar mencapai sehingga RM52 bilion tahun ini, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad.