Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai input (ITC) cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ini merupakan susulan peningkatan bayaran balik ITC kepada perniagaan yang mencecah 80 peratus pada tahun lepas berbanding 67 peratus pada 2015, hasil kecekapan pegawai serta kualiti borang yang dikembalikan oleh syarikat terbabit.
"Kami mengambil langkah untuk memastikan bayaran balik itu dapat dilakukan dalam tempoh 14 hari," katanya kepada pemberita bersempena program Persidangan GST Kebangsaan 2017 selama dua hari, di sini hari ini.
BACA: Kastam sasar kutipan GST RM3 bilion menerusi Ops CBOS 3.0 - Khazali
BACA: Kastam sasar 30 minit selesai masalah gangguan sistem maklumat
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz, menyampaikan ucaptama pada persidangan berkenaan.
Mengulas lanjut, Khazali berkata bagi mencapai sasaran itu, Jabatan Kastam akan melaksanakan strategi mesra pelanggan iaitu 'makluman pematuhan' berbanding penguatkuasaan serta tindakan penghukuman sebelum ini yang kurang berkesan jika dibandingkan dengan usaha meningkatkan aspek pematuhan.
Menurutnya, strategi itu yang merupakan sebahagian daripada operasi Strategi Lautan Biru Kastam (OPS CBOS), dilaksanakan menerusi kunjungan secara bersemuka ke premis perniagaan terbabit untuk memberi nasihat dan perkara berkaitan GST.
Malah, perniagaan itu turut diberi tempoh 30 hari untuk memperbetulkan kesilapan berbanding 14 hari sebelum ini.
Khazali berkata sebaik selesainya Fasa 1 OPS CBOS itu, Jabatan Kastam dapat mengesan cukai tidak diisytiharkan berjumlah RM800 juta dan berjaya memperolehi lebih RM500 juta.
Fasa 1 OPS CBOS telah dilancarkan bagi tempoh antara 1 Sept dan 31 Dis, 2016 yang membabitkan kira-kira 50,000 syarikat selain pilihan secara rambang bagi memastikan mereka yang mendaftar bagi GST itu memahami sepenuhnya undang-undang serta peraturan cukai berkenaan.
Terdahulu dalam ucaptamanya, Othman berkata Jabatan Kastam akan terus mengadakan program kesedaran dan pendidikan GST, tahun ini.
Pada 2016, jabatan itu melaksanakan sejumlah 6,547 program merangkumi 1,231 untuk pihak industri; 775 bagi agensi kerajaan dan 4,541 untuk orang awam.
"Usaha ini beserta insiatif lain seperti program bimbingan, penerbitan garis panduan serta mewujudkan pusat maklumat adalah antara langkah diambil jabatan ini untuk mendidik dan menerapkan budaya pematuhan tinggi dalam kalangan pembayar cukai serta orang ramai secara amnya," katanya.
Pada masa ini, sejumlah 435,000 syarikat mendaftar untuk GST berbanding 430,000 pada Disember tahun lepas, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017
KHAZALI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik ITC GST akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini. - Gambar fail
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Kastam sasar bayaran balik cukai input GST capai 85 peratus
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai input (ITC) cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini.
Kastam sasar kutipan GST RM3 bilion menerusi Ops CBOS 3.0 - Khazali
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mensasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM3 bilion menerusi operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) pada tahun ini.
Mesin pengimbas baharu kekang pengisytiharan barang palsu - JKDM
JKDM berjaya mengekang kegiatan pengisytiharan barang palsu di pelabuhan seluruh negara menerusi penggunaan mesin pengimbas yang baru dipasang dan dinaik taraf di pelabuhan utama negara.
Kastam jangka kutip cukai sehingga RM52 bilion untuk 2016
Hasil kutipan cukai Jabatan Kastam Diraja disasar mencapai sehingga RM52 bilion tahun ini, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad.