Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati terjerut tali buaian di rumah datuknya di Felda Lui Muda dekat sini, hari ini.
Kejadian kira-kira 3.40 petang itu berlaku ketika Isma Umairah Radzuan sedang bermain buaian itu seorang diri di bahagian dapur.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hamzah Alias berkata kejadian itu disedari bapa saudaranya setelah mendapati kanak-kanak itu tiba-tiba senyap.
"Ketika bapa saudaranya pergi ke dapur, dia mendapati mangsa dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut pada tali buaian.
"Bapa saudara mangsa segera memotong tali buaian itu sebelum membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Lui Muda. Namun, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya mayat Isma Umairah dihantar ke Hospital Jempol dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Bernama
Thu Oct 30 2014
Kejadian kira-kira 3.40 petang itu berlaku ketika Isma Umairah sedang bermain buaian itu seorang diri di bahagian dapur. - Gambar fail
ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.
Juara Olimpik hilang pingat dalam kebakaran Los Angeles akan diberi replika
Bekas perenang Gary Hall Jr akan mendapat replika pingat Olimpik selepas pingatnya musnah dalam kebakaran dahsyat di Los Angeles.
Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.
IWK tambah 30 lori tangki septik tahun ini
Sebanyak 30 lori tangki septik akan ditambah tahun ini untuk meningkatkan perkhidmatan pengosongan tangki menerusi Ops Sedut Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Tiga juta benih udang galah dilepaskan di perairan Melaka
Sebanyak tiga juta benih udang galah akan dilepaskan secara berperingkat di perairan umum sekitar Melaka dengan kerjasama Jabatan Perikanan tahun ini.
Kejayaan koperasi sekolah Malaysia, ANGKASA mahu kongsi sumber dan kepakaran
Kejayaan itu menjadi model kepada masyarakat antarabangsa untuk turut membangunkan koperasi sekolah di negara masing-masing.
Siklon Tropika Dikeledi ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Madagascar
Siklon Dikeledi mendarat di daerah Vohemar, utara Madagascar, kira-kira 7.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, membawa angin 130 kilometer sejam.
PM tiba di UAE bawa misi ekonomi Malaysia, ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan rasmi.
Tumpuan Isnin – 13 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (12 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa 'Baby Syifa' diarah tidak buat kenyataan
Mahkamah memerintahkan bapa 'Baby Syifa', Yuseri Yusoff, 39, supaya tidak membuat sebarang komen atau berkongsi maklumat dan dokumen berkaitan kes kematian anaknya di media sosial.
10 cara hentikan tangisan bayi
TANGISAN bayi tanpa mengira masa benar-benar membuatkan ibu bapa rasa tertekan. Bukan sahaja mereka malah orang sekeliling juga rasa tidak selesa lebih-lebih lagi kalau tangisan si kecil itu kuat.
Buaian pontianak: 'Makhluk halus boleh menjelma dalam pelbagai bentuk'
Manusia perlu memuhasabahkan serta memperbaiki diri sekiranya bertemu dengan makhluk halus berkenaan serta menganggap ia adalah salah satu bentuk ujian daripada ALLAH.
Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen
Pasangan suami isteri telah dikritik oleh netizen gara-gara tindakan mereka menggantung buaian bayi dalam sebuah gerabak Transit Aliran Massa (MRT).
Bayi meninggal terjerut kain buaian
Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia akibat terjerut kain buaian di rumah keluarganya di Taman Century Garden di sini semalam.
Kanak-kanak mati terjerut tali buaian
Kejadian kira-kira 3.40 petang Khamis berlaku ketika Isma Umairah Radzuan, 5, sedang bermain buaian itu seorang diri di bahagian dapur.