TANGISAN bayi tanpa mengira masa benar-benar membuatkan ibu bapa rasa tertekan. Bukan sahaja mereka malah orang sekeliling juga rasa tidak selesa lebih-lebih lagi kalau tangisan si kecil itu kuat.
Tambahan lagi, ia berlaku pada awal pagi ketika masing-masing lena diulit mimpi.
Sebagai ibu bapa, kita wajib ambil tahu apakah sebab-sebab yang mendorong bayi kerap menangis? Seterusnya, ambil langkah yang sewajarnya agar tangisan itu dapat dihentikan.
Dalam Tip Famili kali ini, Famili Femina kongsikan 10 cara signifikan buat ibu bapa untuk meredakan bayi daripada terus mengalirkan air mata.
1) Buat urutan
Urut bayi secara perlahan-lahan dan penuh kasih sayang pada bahagian kaki dan badannya tatkala si kecil mula menangis. Cara itu mungkin boleh meredakan tangisannya.
2) Hirup udara segar
Sesekali bawa bayi keluar untuk menikmati udara segar. Contohnya, bawa pusing di sekitar kediaman dan taman permainan berdekatan rumah anda.
3) Mandikan dengan air suam atau hangat
Ketika bayi menangis, cuba legakan tangisannya dengan menjirus air hangat atau suam pada badannya. Mungkin dengan cara mandian sebegitu boleh menghentikan tangisannya.
4) Wujudkan suasana bising
Suasana yang sunyi mungkin membuatkan bayi menangis. Jadi, cuba wujudkan suasana bising dalam rumah melalui bunyi pengering rambut, vakum, pengisar dan sebagainya.
5) Peluk atau bedung
Bila bayi menangis, peluk dan dakap dengan penuh kasih sayang sambil menepuk-nepuk pahanya. Jika masih menangis, cuba bedung kerana si comel mungkin merasa lebih selesa.
6) Letak jari ke mulut
Jika bayi tidak berhenti menangis, cuba letak jari anda ke mulutnya. Sebelum itu, pastikan jari anda bersih. Pun begitu, jangan lakukan cara itu sebagai amalan harian.
7) Bawa menaiki kenderaan
Ada segelintir bayi akan berhenti menangis tatkala dibawa menaiki kenderaan. Bayi akan rasa gembira hingga tertidur seolah-oleh berada dalam buaian.
8) Pasang muzik
Cuba mainkan muzik lembut yang mendamaikan ketika bayi menangis. Mungkin alunan muzik akan memberi ketenangan kepadanya sekali gus berhenti menangis.
9) Tepuk badannya selalu
Segelintir bayi sebenarnya perlukan perhatian disebabkan itu si kecil menangis. Cuba tepuk bahagian badannya sambil berselawat atau menyanyi lagu kanak-kanak anda sewaktu kecil.
10) Dodoikan
Dodoi bayi atau gerakkan buaiannya sebagai tanda anda berada di sisinya ketika itu. Bayi selalunya menangis bila tiada ibu atau bapa di sisinya.
Sinar Harian
Thu Jul 04 2019
Sebagai ibu bapa, kita wajib ambil tahu apakah sebab-sebab yang mendorong bayi kerap menangis? Seterusnya, ambil langkah yang sewajarnya agar tangisan itu dapat dihentikan. - Foto Sinar Harian
ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.
Juara Olimpik hilang pingat dalam kebakaran Los Angeles akan diberi replika
Bekas perenang Gary Hall Jr akan mendapat replika pingat Olimpik selepas pingatnya musnah dalam kebakaran dahsyat di Los Angeles.
Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.
IWK tambah 30 lori tangki septik tahun ini
Sebanyak 30 lori tangki septik akan ditambah tahun ini untuk meningkatkan perkhidmatan pengosongan tangki menerusi Ops Sedut Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Tiga juta benih udang galah dilepaskan di perairan Melaka
Sebanyak tiga juta benih udang galah akan dilepaskan secara berperingkat di perairan umum sekitar Melaka dengan kerjasama Jabatan Perikanan tahun ini.
Kejayaan koperasi sekolah Malaysia, ANGKASA mahu kongsi sumber dan kepakaran
Kejayaan itu menjadi model kepada masyarakat antarabangsa untuk turut membangunkan koperasi sekolah di negara masing-masing.
Siklon Tropika Dikeledi ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Madagascar
Siklon Dikeledi mendarat di daerah Vohemar, utara Madagascar, kira-kira 7.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, membawa angin 130 kilometer sejam.
PM tiba di UAE bawa misi ekonomi Malaysia, ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan rasmi.
Tumpuan Isnin – 13 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (12 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 cara hentikan tangisan bayi
TANGISAN bayi tanpa mengira masa benar-benar membuatkan ibu bapa rasa tertekan. Bukan sahaja mereka malah orang sekeliling juga rasa tidak selesa lebih-lebih lagi kalau tangisan si kecil itu kuat.