KUALA LUMPUR: Polis telah merekod keterangan 11 individu untuk siasatan video tular yang memaparkan rakaman kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah, di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, terdapat empat video diterima mengenai kes terbabit.
"Setakat ini, 11 direkod keterangan membabitkan kakitangan pusat beli-belah terbabit dan pihak penyelenggaraan.
"Kita juga ada terima satu laporan dibuat mangsa seorang wanita pada semalam (Selasa)," katanya kepada pemberita semasa Hari Bersama Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Rabu.
Beliau berkata, polis juga sedang menunggu laporan hasil analisa kesemua video itu daripada pihak Cyber Security.
Katanya, siasatan masih dijalankan termasuklah individu yang bertanggungjawab memasang kamera di bilik persalinan selain mengesan pemilik akaun media sosial terbabit.
"Kita gesa semua mangsa dalam rakaman terbabit untuk tampil bantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan," ujarnya.
BACA: Tular: Polis buka kertas siasatan video rakaman kamera tersembunyi bilik persalinan
BACA: Video di bilik persalinan: Penyedia platform media sosial perlu ambil perhatian - Teo
Pada 11 Januari, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan yang dibuat pengurus kawalan keselamatan sebuah premis berkaitan video tular yang memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023
Polis menerima laporan daripada pengurus keselamatan selepas rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah di ibu negara menjadi tular. - Foto IPD Dang Wangi
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Hukuman FAM pengajaran terbaik buat Selangor FC
Hukuman dikenakan oleh FAM terhadap Selangor FC atas beberapa kesalahan semasa saingan Liga M 2023 akan menjadi pengajaran terbaik buat pasukan itu bagi mengharungi musim depan.
Kamera tersembunyi bilik persalinan: Polis siasat staf, pihak penyelenggaraan
Noor Dellhan berkata, terdapat empat video diterima mengenai kes terbabit.
Piala Dunia Qatar: Skuad Jepun tinggalkan origami, ucapan terima kasih
Skuad Samurai Biru itu juga terkenal dengan sifat disiplin dan mengutamakan kebersihan terutama di bilik persalinan pasukan.
Pelajar bukan Islam didakwa diminta makan dalam bilik persalinan
Sebuah sekolah di Sungai Buloh telah didakwa mengarahkan semua pelajarnya yang bukan Islam makan dan minum di bilik persalinan pada waktu rehat.