Jepun menunjukkan prestasi cukup membanggakan dalam saingan Piala Dunia kali ini apabila mencipta kejutan menewaskan gergasi Eropah Sepanyol dan Jerman di peringkat kumpulan.
Selain aksi cemerlang dipamerkan, skuad Samurai Biru itu juga terkenal dengan sifat disiplin dan mengutamakan kebersihan terutama di bilik persalinan pasukan.
LAMAN MIKRO PIALA DUNIA FIFA 2022 DI SINI
Walaupun masih berada dalam suasana kecewa gagal mara ke pusingan suku akhir, pemain Jepun tetap meninggalkan bilik persalinan di Stadium Al Janoub dalam keadaan bersih selain turut membuat origami sebagai hadiah kepada penganjur.
Ucapan terima kasih dalam bahasa Arab dan Jepun turut ditulis oleh pasukan tersebut di atas kertas dan ditinggalkan di bilik persalinan stadium itu. - Sinar Harian