KUALA LUMPUR: Selepas lama ditutup, pawagam kini sudah dibenarkan beroperasi semula namun hanya untuk individu yang sudah menerima vaksin lengkap.
Khabar gembira itu disambut baik 'kaki wayang' yang tidak sabar-sabar mahu menonton filem terbaharu, tempatan mahupun antarabangsa.
Persoalannya, kebenaran sudah ada namun bagaimana pula dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)?
Kru Astro AWANI ke sebuah pawagam di kompleks membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur bagi melakukan tinjauan pematuhan SOP di sana.
BACA: Pawagam sedia kembali beroperasi, penerima vaksinasi lengkap saja dibenarkan masuk
Keseluruhannya, SOP dipatuhi sepenuhnya malah bermula sebaik sahaja pengunjung menjejakkan kaki ke pawagam tersebut.
Pertama, imbas MySejahtera di laluan utama, beli tiket dan makanan sebelum terus pergi ke laluan kedua.
Di laluan kedua, di sinilah petugas akan memeriksa sijil vaksinasi anda dan kalau tidak lengkap dua dos, anda diminta untuk pulang.
Masuk ke panggung, SOP dipraktikkan sekali lagi dengan tumpuan lebih kepada penjarakan fizikal dengan menjarakkan kedudukan penonton.
Bahkan sebelum tayangan bermula, iklan pematuhan SOP ditayangkan dan sepanjang berada di sana, pelitup muka wajib dipakai, hanya boleh dibuka ketika makan.
Begitupun, di sebalik SOP yang agak ketat dan pelbagai, pengunjung dilihat tidak langsung kekok untuk mematuhinya.
Malah mereka teruja untuk kembali menonton filem di pawagam.
Menurut Zakwan Hasni, 24, dia datang ke pawagam untuk melihat senarai filem ditayangkan dan selepas ini tidak sabar menunggu tayangan filem-filem baharu.
“Sekurang-kurangnya boleh hilangkan tekanan bila hujung minggu, keluar dengan kawan-kawan.
“Sekarang ini nampak walaupun baru buka tapi boleh kata ramai jugalah. Saya nak tunggu lama sikit, nanti kalau dah kosong dan ada filem menarik, saya nak datang lagi,” katanya.
Seorang lagi pengunjung, Nur Aida Tai Abdullah pula mengakui gembira dengan kelonggaran terbaharu itu.
“Dah lama duduk di rumah kan, tekanan juga, kerja dari rumah, tak keluar pun. Jadi dah diberi kelonggaran, peluang ini, kita pun keluar pergi makan, sebab dah lengkap vaksin kan, bolehlah makan di kedai.
“Saya memang sangat-sangat terujalah. Terima kasih kepada kerajaan kerana dah longgarkan SOP. Harap-harap lepas ini boleh merentas negerilah,” ujarnya.
Begitupun, tinjauan juga mendapati jumlah pengunjung dilihat tidak begitu ramai, mungkin kerana filem ditayangkan juga tidak begitu banyak namun untuk beberapa bulan mendatang, situasinya dijangka berubah.
Ridauddin Daud
Thu Sep 16 2021
![Kaki wayang teruja kembali ke pawagam, tak cukup dua dos tak dibenar masuk Kaki wayang teruja kembali ke pawagam, tak cukup dua dos tak dibenar masuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631792635_TBCinemajpg.jpg)
Sejak dari awal masuk, sampailah ke dalam panggung wayang, SOP dipraktikkan sebaik mungkin dan pengunjung juga dilihat tiada masalah untuk mematuhinya. - Foto Astro AWANI
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayang di Pakistan Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayang di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730510521_AnakPerjanjianSyai.jpg)
Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayang di Pakistan
Selepas berjaya meraih kutipan RM3.5 juta di negara ini, filem Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayangkan di Pakistan.
![Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724407066_Takluklahaddatu.jpg)
Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.
![Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta! Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685772724_TBPOLISEVO.jpg)
Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!
Ia menjadikan filem arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia.
![Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686398321_PhotoSelatan.jpg)
Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor
Siri jelajah seterusnya akan diadakan di Melaka pada 11 Jun (Ahad) di GSC Aeon Bandaraya, mmC Mahkota Parade dan MBO ElementX.
!['All Of Those Voices - Louis Tomlinson' tidak akan ditayangkan di Malaysia 'All Of Those Voices - Louis Tomlinson' tidak akan ditayangkan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679023636_LouisTomlinson.jpg)
'All Of Those Voices - Louis Tomlinson' tidak akan ditayangkan di Malaysia
Filem tersebut tidak akan ditayangkan berikutan gesaan LPF Malaysia supaya beberapa bahagian filem dokumentari itu dipotong.
!['Cocaine Bear' catat prestasi luar biasa 'Cocaine Bear' catat prestasi luar biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677460808_TBCOCCAINEBEAR.jpg)
'Cocaine Bear' catat prestasi luar biasa
'Cocaine Bear' berjaya mengutip AS$23.1 juta pada minggu pertama tayangan box office di Amerika Syarikat.
!['Pakai kain pelikat di rumah pun boleh tengok Astro dan Netflix, tak perlu ada pawagam' - Mohd Amar 'Pakai kain pelikat di rumah pun boleh tengok Astro dan Netflix, tak perlu ada pawagam' - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652344635_MohdAmarNikAbdull.jpg)
'Pakai kain pelikat di rumah pun boleh tengok Astro dan Netflix, tak perlu ada pawagam' - Mohd Amar
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri ini kerana ianya bukan satu keperluan.
![Elak trend bawa bayi ke pawagam, doktor kongsi kesannya kepada kesihatan bayi Elak trend bawa bayi ke pawagam, doktor kongsi kesannya kepada kesihatan bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656560847_KesihatanBayi.jpg)
Elak trend bawa bayi ke pawagam, doktor kongsi kesannya kepada kesihatan bayi
Beberapa risiko bakal berlaku kepada bayi di bawah usia 2 tahun jika dibawa ke pawagam.
![Kaki wayang teruja kembali ke pawagam, tak cukup dua dos tak dibenar masuk Kaki wayang teruja kembali ke pawagam, tak cukup dua dos tak dibenar masuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631792635_TBCinemajpg.jpg)
Kaki wayang teruja kembali ke pawagam, tak cukup dua dos tak dibenar masuk
Keseluruhannya, SOP dipatuhi sepenuhnya malah bermula sebaik sahaja pengunjung menjejakkan kaki ke pawagam tersebut.
![GSC, TGV tetap tarikh buka semula pawagam GSC, TGV tetap tarikh buka semula pawagam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631420466_CinemaHall.jpg)
GSC, TGV tetap tarikh buka semula pawagam
Dua operator pawagam terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV, akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu kepada individu yang lengkap divaksin.