Laporan yang dikeluarkan pengendali ujian kelajuan jalur lebar global, Ookla, mengatakan Internet di negara ini lebih teruk berbanding Kemboja dan Vietnam adalah tidak tepat, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata kaedah pengiraan yang dibuat oleh Ookla hanya mengambil kira purata kelajuan di setiap bandar.
"Jumlah sampel bandar yang digunakan bagi Kemboja sebagai contoh hanyalah satu bandar iaitu Phnom Penh.
"Sedangkan di Malaysia melibatkan 50 buah bandar di seluruh negara dengan kadar kelajuan yang berbeza-beza mengikut bandar bermula dengan 4 megabit per saat (Mbps) hingga 30 megabit per saat (Mbps)," katanya bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Hamzah Mohd Kasim berhubung isu itu di Dewan Negara pada Rabu.
Beliau berkata sekiranya perbandingan dibuat secara terus dengan membandingkan sebuah bandar sahaja, kelajuan jalur lebar di Selangor adalah pada kadar 15Mbps yang melebihi kelajuan di Phnom Penh pada kadar 10Mbps.
Kajian Ookla tahun lepas melaporkan Malaysia berada pada kedudukan 124 di dunia yang mempunyai kelajuan jalur lebar pada tahap 5.63Mbps, hampir tiga kali lebih perlahan daripada Vietnam dengan 18.4Mbps dan Kemboja pada tahap 5.8Mbps.
Menurut Jailani, kerajaan sentiasa meneliti dan menimbangkan keperluan pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk perluasan liputan selular melalui pembinaan menara telekomunikasi baharu untuk memastikan penduduk mendapat akses kepada jalur lebar.
Antaranya melibatkan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi yang akan menyediakan kelajuan sehingga 100Mbps dan projek Sub-Urban Broadband (SUBB) yang akan menyediakan kelajuan sehingga 20Mbps melibatkan kawasan di pinggir bandar.
Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) yang melibatkan pembinaan kabel rangkaian dasar laut yang menghubungkan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak juga sedang giat dilaksanakan secara berperingkat, katanya.
Bernama
Thu Jul 02 2015

Kerajaan sentiasa meneliti dan menimbangkan keperluan pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk perluasan liputan selular melalui pembinaan menara telekomunikasi baharu. -Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial, tingkat akauntabiliti platform - Pakar IT
Pelesenan itu membolehkan penyedia perkhidmatan beroperasi secara lebih bertanggungjawab dalam mengawal kandungan.

U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti asing kepada 20 peratus
Menurutnya, menerusi rekod prestasi terbukti menjangkau lebih 17 tahun, U Mobile dalam kedudukan baik bagi pelancaran rangkaian 5G kedua.

RM99 juta laksana program JENDELA, 'Perajurit Broadband' untuk warga ATM - Khaled Nordin
Inisiatif itu termasuk mewujudkan Infrastruktur Fiber Optik di semua 73 kem atau pangkalan tentera, melibatkan sebanyak 59,420 pintu RKAT.

Indonesia sekat hampir 3.8 juta laman sesawang perjudian
Turut disekat, 31,751 pautan berkaitan perjudian di laman sesawang institusi pendidikan dan 31,812 pautan di laman sesawang kerajaan.

PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan
Masalah rangkaian talian Internet di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang lemah menyebabkan kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma menjadi tumpuan media dan orang ramai.

Respons positif daripada platform media sosial terhadap kerangka kawal selia baharu - Fahmi
Wakil pelbagai platform yang ditemui mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan sedia untuk turut serta dalam proses berkenaan.

UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.

Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.

KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.

Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.