KUCHING: Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap merupakan inisiatif permulaan yang baik bagi menurunkan kos sara hidup pengguna Internet secara bersasar, kata Naib Presiden Persatuan Suara Konsumer Sarawak (COVAS) Philip Ng.
Beliau berkata pakej jalur lebar serendah RM69 sebulan itu, dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah lebih-lebih lagi dalam situasi kenaikan harga barang dihadapi rakyat kini.
"Ia memberi kesan positif kepada keluarga B40 yang mahu mencari pakej lebih mampu milik memandangkan Internet ialah keperluan masa kini. Ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kepentingan penglibatan B40 dalam dunia digital," katanya kepada Bernama semalam.
Selain itu, Ng berkata kerajaan juga perlu melaksanakan inisiatif untuk meningkat rangkaian Internet khususnya di Sarawak bagi memastikan pakej berkenaan boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.
Sementara itu, suri rumah, Georgia Seli, 53, berkata pakej yang ditawarkan itu cukup menarik, justeru beliau akan mempertimbangkan untuk membuat sambungan jalur lebar di rumah bagi kegunaan seisi keluarga.
Katanya buat masa ini tiada sebarang perkhidmatan jalur lebar di rumahnya kerana kurang berkemampuan selain perlu berjimat kerana dua anaknya masih bersekolah.
"Bayaran bulanan langganan Internet untuk saya, suami dan dua anak pun sudah mencecah RM300. Syukur kini ada pakej yang sedemikian, jadi bagi kami yang berpendapatan rendah boleh membuat pilihan dengan lebih bijak serta berjimat," katanya.
Pelajar universiti, Irene Phang Wan Tin, 20, pula berkata sekiranya kedua-dua ibu bapanya melanggan pakej tersebut, akan memudahkan beliau menghubungi mereka menerusi panggilan Internet pada bila-bila masa tanpa perlu risau cas bulanan yang mahal dan data tanpa had.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap itu yang disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas menerusi harga yang lebih rendah.
Pakej itu menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan hingga 30 Mbps bersama data tanpa had pada harga RM69 sebulan dan mula ditawarkan pada Mac ini dengan kontrak langganan selama 24 bulan.
Fahmi berkata pakej berkenaan adalah dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan hingga 30 Mbps bersama data tanpa had pada harga RM69 sebulan dan mula ditawarkan pada Mac ini dengan kontrak langganan selama 24 bulan.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rakyat perlu mohon untuk Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap - Fahmi
Rakyat yang ingin mendapatkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap perlu membuat permohonan kepada syarikat penyedia perkhidmatan kerana ia tidak dilaksanakan secara automatik.

Pakej internet RM69: Kaji semula kontrak 24 bulan - MCCA
Kontrak 24 bulan dalam Pakej Perpaduan beri bayangan negatif, tanggapan kapitalisma.

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dilancar, sasar B40, pesara dan warga emas
Inisiatif Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga hanya RM69 sebulan dilancar.

Maxis sokong perkhidmatan jalur lebar mampu milik untuk kumpulan sasar
Maxis Bhd mengulangi komitmennya untuk memainkan peranan penting dalam menyokong agenda kerajaan untuk menjadikan kesalinghubungan sebagai perkhidmatan utiliti asas dan boleh diakses oleh semua pihak.

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap berbaloi, ringankan beban golongan sasar
Perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had hanya RM69 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan.

Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.