PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) merekodkan kadar penurunan panggilan terputus untuk setiap rangkaian mudah alih 4G antara 10 hingga 74 peratus, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kejayaan menurunkan kadar panggilan terputus itu didorong oleh usaha pengendali rangkaian mudah alih 4G dalam mengoptimumkan rangkaian mereka.
Selain itu, katanya ia juga adalah hasil usaha Digital Nasional Berhad (DNB) mengaktifkan fungsi 'Call Reestablishment' (CRE) untuk liputan LTE700 dalam rangkaian 5G bermula 21 hingga 29 Dis lepas untuk kesemua tapak 5G di seluruh negara.
"Saya difahamkan, satu pertemuan antara MCMC dengan pihak pengendali rangkaian mudah alih dan DNB telah diadakan pada 14 Dis lepas bagi membincangkan masalah panggilan terputus dalam rangkaian mudah alih.
"Susulan daripada pertemuan itu, satu bengkel telah dianjurkan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menangani masalah ini," kata Fahmi dalam sidang media berhubung Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Kementerian Komunikasi, di sini, pada Selasa.
Terdahulu, Fahmi dan Timbalannya, Teo Nie Ching dibawa menaiki bas dari Bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya bagi melihat dan meneliti sendiri kualiti panggilan telefon bimbit sama ada memuaskan atau sebaliknya.
Ujian itu dibuat dengan tujuan menguji capaian rangkaian yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia dalam menangani isu berkenaan yang menjadi rungutan beberapa pihak sebelum ini.
Fahmi berkata, kerajaan memandang serius isu berkenaan yang sering kali dibangkitkan oleh pengguna dan mahu ia ditangani segera demi kepentingan rakyat.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi tempoh antara 1 Jan 2023 hingga 13 Dis 2023, hasil pengauditan yang dijalankan oleh MCMC menunjukkan sebanyak 1,837 panggilan terputus telah direkodkan termasuk kes yang berlaku di luar kawasan liputan.
Beliau berkata, berdasarkan ujian pada hari ini, laporan analisis menunjukkan tiada panggilan terputus direkodkan sepanjang perjalanan kira-kira 45 minit itu.
"Saya ingin menekankan di sini bahawa ujian yang dibuat ialah Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular dan bukannya panggilan menggunakan Internet," katanya.
Fahmi berkata, MCMC akan terus memantau isu itu sepanjang suku pertama tahun ini dan melaporkan semula kepada beliau berhubung perkara tersebut dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, katanya, selain isu panggilan terputus, hal berkaitan liputan kesalinghubungan 5G seluruh negara khususnya di institut pengajian tinggi (IPT) turut menjadi keutamaan kementeriannya pada masa hadapan.
Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada semua syarikat telekomunikasi dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi meneliti perkara berkenaan, termasuk untuk menyegerakan penyelesaian terhadap isu liputan luar, liputan dalam bangunan atau liputan Wifi dihadapi pelajar.
Turut serta dalam sesi ujian itu ialah Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan pengurusan kanan syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile (TM Tech) dan Yes (YTL Communication). - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Fahmi Fadzil melihat skrin pemantauan kualiti panggilan telefon bimbit dalam pelaksanaan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular ketika dibawa menaiki bas dari Bangunan Parlimen ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya pada Selasa. - Gambar Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).