KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka menanggung subsidi lebih RM100 bilion setahun sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong, melainkan reformasi dilaksanakan terhadap sistem subsidi, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata, perbincangan berkenaan subsidi bersasar tidak dapat dielakkan apabila melibatkan anjakan besar yang perlu dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara.
Menjawab pertanyaan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkenaan komitmen politik bagi melaksanakan subsidi bersasar ini, beliau menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan tindakan yang betul dan membuat perubahan sepenuhnya berkenaan subsidi bersasar.
"Pada 2022, kerajaan menanggung subsidi pukal lebih RM80 bilion bagi RON95, diesel, gas petroleum cecair dan elektrik. Hari ini, harga minyak mentah dunia mencecah US$95 setong dan akan mencecah AS$100 setong tidak lama lagi.
"Pada harga ini, (AS$100) subsidi yang ditanggung kerajaan boleh melepasi RM100 bilion setahun," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi berkata, secara rasional, adalah lebih baik sekiranya perbelanjaan ini disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan diperuntukkan untuk khidmat rakyat serta perbelanjaan pembangunan lain.
Bagaimanapun, beliau berkata kaedah yang digunakan perlu adil untuk rakyat mengimbangi kesan makro lain seperti inflasi.
Sehubungan itu, Rafizi berkata kerajaan telah mewujudkan Pangkalan Data Utama (Padu) yang akan menjadi mekanisme utama subsidi bersasar, dengan mengenal pasti golongan yang layak.
"Padu yang dijadual dilancarkan pada Januari 2024 akan mengintegrasikan data mikro daripada pelbagai agensi kerajaan. Ini juga bererti, sebagai permulaan kepada program subsidi bersasar ini," katanya.
Menerusi sistem Padu, kriteria yang ditentukan tidak lagi mengikut kumpulan sasar sebelum ini iaitu pendapatan isi rumah semata-mata, malah turut merujuk kepada aspek lain antaranya tanggungan, lokaliti, jarak ke tempat kerja serta pemilikan aset seperti rumah, kenderaan dan tanah untuk mendapatkan pendapatan boleh belanja bersih, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) membekalkan sebanyak 80 tan beras tempatan tambahan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan di negeri itu. - Foto BERNAMA
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
Parlimen: Subsidi bersasar RON95 perlu dibuat, elak ketirisan subsidi - Amir Hamzah
Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya.
Subsidi bersasar bagi RON95 antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Persoalan itu dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus Dewan Rakyat bersidang.
Tiga faktor penyasaran subsidi diesel belum dilaksana di Sabah, Sarawak - Armizan
Faktor ketiga, kerana jurang harga barangan begitu besar di Sabah, Sarawak dan Labuan berbanding di Semenanjung dan ia belum dapat ditangani sehingga kini.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
KPDN Perlis rekod 198 kes penyeludupan barangan kawalan, subsidi sejak Januari
Ia membabitkan rampasan bernilai RM1.22 juta direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis sejak Januari lepas hingga semalam.
Belanjawan 2025: Tiga inisiatif kepada Perkeso tekad kerajaan wujud ekonomi inklusif mampan
Tiga inisiatif utama Belanjawan 2025 yang dikhususkan untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mencerminkan tekad kerajaan mewujudkan ekonomi MADANI yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
Strategi pelbagai hala kerajaan seimbangkan disiplin fiskal, pertumbuhan ekonomi - MIER
Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial.
Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.