KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat, Johor dan Perak kekal manakala di Pahang berkurang pagi ini.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 40,456 orang daripada 11,097 keluarga berbanding 39,311 orang daripada 10,937 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kesemuanya sedang berlindung di 299 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.
Daerah Kemaman merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 9,147 orang yang ditempatkan di 30 PPS, Besut (8,536 orang, 88 PPS), Hulu Terengganu (5,893 orang, 49 PPS) dan Dungun (4,419 orang, 40 PPS).
Selain itu, di Setiu seramai 4,352 orang ditempatkan di 52 PPS, Kuala Nerus (3,597 orang, 16 PPS), Kuala Terengganu (2,777 orang, 12 PPS) serta Marang (1,735 orang, 12 PPS).
Berdasarkan laman sesawang https:publicinfobanjir.water.gov.my/, enam sungai di Terengganu masih melepasi paras bahaya termasuk Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman di Kemaman, Sungai Telemong di Kuala Ping di Hulu Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Langkap di Setiu.
Di KELANTAN, seramai 31,487 orang daripada 9,055 keluarga berada di PPS pagi ini berbanding 31,313 orang daripada 9,005 keluarga malam tadi.
Sekretariat JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 140 PPS di lapan jajahan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Bachok.
Sementara itu di JOHOR, jumlah mangsa banjir kekal 48 orang daripada 15 keluarga dengan dua PPS masih dibuka di Segamat.
Menurut JPBN kesemua mangsa adalah penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5, Segamat dengan 34 orang daripadanya berada di Balai Raya Kampung Batu Badak manakala 14 lagi di Dewan Komuniti Kampung Tasek.
Mengikut data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Muar, Buloh Kasap di Segamat berada pada paras amaran dengan ketinggian 8.63 meter.
Di PERAK, JPBN melaporkan situasi banjir tidak berubah dengan 54 orang daripada 17 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat dan PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib.
Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak masih merekodkan melebihi paras bahaya, melebihi 0.5 meter dari paras amaran dengan bacaan 3.27 meter setakat ini.
Bagaimanapun di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan situasi banjir di Kuantan bertambah baik dengan hanya 221 orang daripada 62 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS pagi ini berbanding 484 orang daripada 113 keluarga di lima PPS semalam.
JPS melaporkan paras air Sungai Keratong, Rompin kekal melepasi tahap bahaya dengan trend menurun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
![Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan terus meningkat Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671595028_TBBANJIR.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat, Johor dan Perak kekal manakala di Pahang berkurang pagi ini. - Foto BERNAMA
![Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723709780_TBMaimunah.jpg)
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
![Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723708293_TBbasmaut.jpg)
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
![Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704773_TBkebakaran.jpg)
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
![Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
![Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723696968_SophiaAlbarakbah.jpg)
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
![Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723706198_TBsurirumahmaut.jpg)
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
![Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723294016_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
![Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723705839_TBHilang.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
![Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah terus berkurang Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah terus berkurang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722909665_DewanOrangRamai.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah berkurangan, hanya 32 mangsa daripada 11 keluarga masih berada di dua PPS di daerah itu pada 7 pagi ini.
![PM hulur sumbangan kepada 109 mangsa banjir di Alor Gajah PM hulur sumbangan kepada 109 mangsa banjir di Alor Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723558528_TBSUMBANGANPM.jpg)
PM hulur sumbangan kepada 109 mangsa banjir di Alor Gajah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalurkan sumbangan kepada 109 mangsa banjir di Alor Gajah, Melaka.
![Lima PPS di Port Dickson, Rembau ditutup sepenuhnya Lima PPS di Port Dickson, Rembau ditutup sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701753997_TBBanjirKilat.jpg)
Lima PPS di Port Dickson, Rembau ditutup sepenuhnya
Semua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja kawasan terjejas itu dilaporkan selamat.
![Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun pagi ini Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723510695_ALORGAJAH.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 237 mangsa daripada 61 keluarga setakat 7 pagi ini berbanding 407 mangsa daripada 121 keluarga pada 7.30 malam tadi.
![Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun malam ini Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722869375_PusatPemindahanSem.jpg)
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun malam ini
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun kepada 407 orang daripada 121 keluarga pada 7.30 malam ini berbanding 418 orang daripada 127 keluarga pada 4 petang tadi.
![101 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Gerik 101 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723269671_BanjirGerikpusat.jpg)
101 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Gerik
101 orang daripada 37 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir di daerah Hulu Perak, di Gerik.
![PPS ditutup, banjir di Hulu Bernam pulih PPS ditutup, banjir di Hulu Bernam pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722909665_DewanOrangRamai.jpg)
PPS ditutup, banjir di Hulu Bernam pulih
PPS Dewan Serbaguna Kampung Sekolah, Sungai Selisek di Hulu Bernam ditutup selepas 143 mangsa banjir dibenarkan pulang.
![141 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS malam ini 141 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722869375_PusatPemindahanSem.jpg)
141 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS malam ini
Sebanyak 141 mangsa banjir daripada 49 keluarga di Hulu Bernam masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, menurun sedikit berbanding 143 mangsa petang tadi.
![Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722854749_mangsabanjir.jpg)
Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri
Seorang nenek nekad meredah banjir sedalam hampir semeter sambil menggendong cucu lelakinya yang baru berusia 21 hari untuk dibawa ke PPS selepas banjir melanda Hulu Bernam.
![Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 165 orang malam ini Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 165 orang malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722764166_MuallimMangsaban.jpg)
Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 165 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 165 orang daripada 32 keluarga malam ini, berbanding 15 orang daripada empat keluarga pagi tadi.