KUALA LUMPUR: COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim. 


Ringkasan AI
  • Fokus pada pendanaan iklim: COP29 dikenali sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama adalah memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim. Tekanan kepada negara maju: Negara-negara maju menghadapi tekanan untuk memenuhi komitmen pendanaan, dan sebarang peningkatan sumbangan yang signifikan dianggap sebagai kejayaan. Sasaran dana iklim USD100 bilion: Sasaran dana iklim USD100 bilion yang ditetapkan 10 tahun lalu masih belum dicapai, dan persidangan di Baku diharapkan dapat memenuhi sasaran ini.


Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata, memandangkan tiada sebarang ketetapan berkenaan nilai kutipan diumumkan, maka sebarang sumbangan dengan jumlah signifikan merupakan kejayaan yang perlu diraikan.

“Ketika ini ada tekanan yang berat kepada negara-negara maju untuk memenuhi komitmen pendanaan ini. Tidak ada sebarang ketetapan berkenaan nilai dana, tetapi sebarang peningkatan sumbangan yang tinggi akan dianggap sebagai satu kejayaan. 

“Oleh itu, kita juga mahu melihat tindakan pengagihan dana dan langkah untuk memastikan negara-negara yang menerima dana ini boleh memanfaatkan dana tersebut,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa, ketika di temui di luar Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 29).


COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan

Menurut Hikmat, sasaran ASD100 bilion dana iklim yang ditetapkan 10 tahun yang lalu masih belum dicapai.

Oleh itu, beliau mahu persidangan di Baku ini melabuhkan tirai dengan kejayaan memenuhi sasaran berkenaan.

COP29 di Baku, Azerbaijan berlangsung pada 11 November sehingga 22 November akan datang, dengan sasaran mencapai persetujuan khususnya berkaitan dengan pendanaan iklim.


Agenda AWANI: COP29 | Belajar daripada Azerbaijan, makna perubahan