KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor mencatat penurunan kepada 573 mangsa malam tadi berbanding 713 orang petang semalam.

Di PERAK, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, jumlah mangsa yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah ialah 421 orang daripada 122 keluarga malam ini berbanding 553 pada sebelah petang.

Di SELANGOR, sejumlah 152 orang daripada 57 keluarga masih berada di empat PPS dalam dua daerah berbanding 160 petang tadi.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir kekal 109 mangsa daripada 30 keluarga yang masih berlindung di satu PPS.

- BERNAMA