Semua mangsa dari Kampung Klah Baru yang terjejas banjir itu ditempatkan di PPS berkenaan sejak 12 tengah malam tadi.
Bernama
Sun Nov 17 2024
MetMalaysia meramalkan kebanyakan daerah di Perak berlaku hujan pada sebelah petang dan malam hari ini. - Gambar fail/ APM Perak
IPOH: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Batang Padang malam tadi bagi menempatkan enam orang daripada sebuah keluarga di Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru dekat Sungkai.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Klah Baru yang terjejas banjir itu ditempatkan di PPS berkenaan sejak 12 tengah malam tadi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kebanyakan daerah antaranya Larut, Matang dan Selama, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak, Kinta dan Batang Padang diramalkan berlaku hujan pada sebelah petang dan malam.