Beliau berkata pasaran lengang dengan dagangan kecil menjelang musim perayaan dan cuti hujung tahun.
"Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah berikutan kebimbangan gangguan bekalan yang disebabkan hujan berterusan dan banjir di negara-negara pengeluar utama getah," katanya kepada Bernama.
Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun turun pada Isnin apabila dagangan menyusut menjelang akhir tahun manakala pelabur menunggu pengumuman pakej rangsangan seterusnya di China.
Sementara itu, beliau berkata Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat dan ribut petir di bahagian selatan negara itu sehingga 27 Dis, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan negeri-negeri yang menghasilkan getah dilanda hujan lebat dan ribut petir dari 23-29 Dis.
Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 11.0 sen kepada 857.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 2.5 sen kepada 720.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga SMR 20 berada pada 854.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 715.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA