Di Perak, kawasan terlibat meliputi Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim, diikuti Kelantan (Pasir Puith), Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus) dan Pahang (Rompin). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di enam negeri iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Johor sehingga 4 petang ini.
Di Perak, kawasan terlibat meliputi Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim, diikuti Kelantan (Pasir Puith), Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus) dan Pahang (Rompin).
Amaran sama turut melibatkan Kelantan (Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus), Pahang (Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak), serta Johor di Mersing.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini