Ringkasan AI
- Hanya dua daerah di Terengganu, iaitu Kemaman dan Marang, yang masih terjejas akibat banjir gelombang pertama, dengan 2,545 mangsa daripada 637 keluarga berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS).
- Daerah Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,532 mangsa di lima PPS, manakala Marang mempunyai 13 mangsa daripada empat keluarga di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai.
- Banjir di daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya, dan hujan masih melanda beberapa kawasan tetapi menunjukkan trend penurunan.
Seramai 2,545 mangsa daripada 637 keluarga masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Kemaman dan Marang setakat jam 6 petang tadi.
Manakala banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Kemaman terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,532 mangsa, di mana sebanyak lima PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 633 keluarga .
Sementara itu, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai, Marang.
Ketika ini, hujan masih melanda di beberapa kawasan di negeri ini, namun ia menunjukkan trend penurunan.