Penutupan satu-satunya PPS di Perak itu dimaklumkan Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.
Menurutnya, PPS itu ditutup sepenuhnya pada jam 10 pagi ini, setelah membuat pemantauan bersama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Penghulu Mukim Sungkai.
“Pemantauan mendapati keadaan ketika ini selamat dari bencana banjir dan semua mangsa telah membuat pembersihan dan kembali ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu, Ahmad Redhauddin memaklumkan, PPS itu dibuka pada jam 12 tengah malam tadi berikutan kejadian banjir yang berlaku di Kampung Klah Baru.
Katanya, setakat jam 12 tengah malam, perpindahan itu melibatkan tujuh buah keluarga.