KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan di dua negeri manakala tiga negeri kekal jumlah sama setakat pagi ini dengan 13,039 orang masih berlindung di 104 pusat pemindahan sementara (PPS).
Di SELANGOR, menerusi aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 5,186 orang di 26 PPS setakat tengah malam tadi berbanding petang semalam iaitu 5,399 orang di 27 PPS.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan sehingga hari ini sebanyak 94 operasi pembersihan, 24 proses sanitasi dan 360 pemantauan dilakukan di kawasan banjir di negeri itu.
Sementara itu, Polis Selangor memaklumkan sebanyak tujuh jalan ditutup untuk laluan kenderaan ekoran dinaiki air melibatkan jalan di Jambatan FT 31 Dengkil - Banting; Jalan Kg Kalong Tengah; Ulu Yam Baru dan Jalan Genting Peras - Kuala Klawang.
Selain itu Jalan Kuala Kubu Bharu - Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan sahaja manakala Jalan PJU 7, di hadapan MRT Mutiara Damansara dan Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra berlubang akibat banjir dan jambatan jalan menghala ke Lapang Sasar, Subang rosak akibat banjir.
Di PAHANG jumlah mangsa banjir pagi ini menurun sedikit berbanding malam tadi dengan 7,730 orang masih berada di 74 PPS di daerah Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan JKM.
Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca pagi ini hujan di satu dua kawasan di Kuantan dan Pekan, manakala cuaca di daerah lain diramalkan baik.
Di KELANTAN jumlah mangsa banjir kekal 54 orang daripada 15 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Pasir Mas, setakat 7 pagi ini.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.
Di MELAKA jumlah mangsa banjir masih tidak berubah iaitu 26 orang daripada lapan keluarga setakat 8 pagi ini dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Penghulu Benteng di Jasin, menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra.
Di NEGERI SEMBILAN Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri ini kekal dengan 43 individu daripada 14 keluarga berada di dua PPS di Jelebu setakat pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Keadaan halaman rumah beberapa mangsa di Sungai Rambai masih digenangi air 'banjir termenung' sejak seminggu lepas ketika tinjauan di Jasin, 28 Dis 2021. --fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir Terengganu: Lebih 2,000 mangsa dibenar pulang, hanya 59 masih berada di PPS
Hanya 59 mangsa daripada 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan.
Kemaman dilanda banjir, dua PPS diaktifkan
Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
Liga bola sepak Sepanyol bertafakur satu minit peringati mangsa banjir Valencia
La Liga menyampaikan ucapan takziah dan solidariti kepada keluarga mangsa banjir dan individu yang masih hilang dalam bencana itu.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak kekal, Selangor berkurang
Di Selangor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 25 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan ditempatkan di dua PPS.