PONTIAN: Kerajaan Negeri Johor sedang meneliti cadangan untuk menaik taraf Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup dekat Pontian bagi merancakkan ekonomi masyarakat setempat.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri sedang meneliti pelbagai kemudahan lain dalam usaha menjadikan Kukup sebagai mercu tanda pelancongan yang setanding dengan pintu-pintu masuk lain di negeri ini.
Beliau berkata pelbagai kemudahan turut boleh dimajukan di kawasan itu antaranya kompleks bebas cukai dan hotel.
"Mungkin kami akan tambah lagi, bukan sekadar kompleks untuk kastam dan imigresen sahaja, sepatutnya ada kemudahan untuk kegunaan yang lain.
"Kalau jeti di sebelah Desaru (Kota Tinggi) dicadangkan untuk dijadikan zon bebas cukai, kenapa tidak di Kukup? Kalau di pintu masuk lain ada kemudahan penginapan tiga hingga lima bintang, mengapa tidak di Kukup?" katanya.
Hasni berkata demikian pada majlis penyampaian keputusan permohonan pembayaran lesen pendudukan sementara (TOL) bagi penternak ikan sangkar di Kukup, dekat sini, malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai.
Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata semua usaha berkenaan akan dilakukan tanpa mengubah tarikan sedia ada di kawasan Kukup yang terkenal dengan industri penternakan ikan dalam sangkar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 13 2021

Pelbagai kemudahan turut boleh dimajukan di Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup antaranya kompleks bebas cukai dan hotel. - Foto fail

Mahkamah tolak permohonan ikat jamin CEO GISB, 12 individu
Mahkamah membenarkan lapan wanita, termasuk isteri Nasiruddin, diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin.

Rusia-AS adakan perbincangan secara tertutup di Arab Saudi
Rundingan itu dijangka tertumpu kepada perincian kemungkinan penyambungan semula inisiatif berkaitan keselamatan pelayaran di Laut Hitam.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$118.0 bilion pada 14 Mac 2025
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar jangka pendek.

Faisal Halim 'mempunyai cerita untuk diceritakan' - Cklamovski
Cklamovski berkata kepulangan Faisal Halim dalam pasukan kebangsaan sangat wajar.

Kadar kematian tibi tunjuk trend penurunan - KKM
Kes baharu tuberkulosis atau tibi meningkat 0.1 peratus dengan 26,183 kes dilaporkan pada 2024 berbanding 26,149 kes pada tahun sebelumnya.

Dua tahanan lari dari Mahkamah Kuching berjaya diberkas - Polis
Kedua-dua suspek positif dadah dan reman mereka diluluskan selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

601 penghuni di 34 penjara dilepaskan secara lesen sempena Aidilfitri
Seramai 601 penghuni dari 34 institusi penjara di seluruh negara dibebaskan hari ini menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI sempena Aidilfitri.

Dendam motif pembunuhan lelaki Myanmar di Tasek Gelugor - Polis
Polis telah menahan lapan lelaki dan sedang mengesan suspek utama yang terlibat dalam kes ini.
AWANI Ringkas: Hari ke-6 beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China sokong kepimpinan dalam ASEAN
Duta Besar China ke ASEAN, Hou Yanqi berkata Beijing menyokong penuh tema Malaysia iaitu Keterangkuman dan Kemampanan, serta mengiktiraf kepimpinan negara dalam memajukan hubungan ASEAN-China.

RM50.61 juta untuk bantu mangsa banjir di Johor - Ahmad Zahid
Kerajaan Persekutuan melalui Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan dana bernilai RM50.61 juta bagi membantu mangsa banjir di Johor.

Kerajaan kerah tenaga, aset pastikan keselamatan mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan melalui bahagian pengurusan bencana telah mengerahkan segala tenaga dan aset terbaik bagi memastikan keselamatan mangsa banjir.

Situasi banjir semakin buruk di Johor, Sabah dan Sarawak
Di Johor, jumlah mangsa meningkat kepada 10,763, di Sabah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,248, di Sarawak, jumlah mangsa mencecah 274.

Hujan berterusan di empat negeri - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat ini.

Visi besar Tunku Ismail untuk sukan buat saya rasa inspirasi - Lee Chong Wei
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sonny Bill Williams, Khabib dan ramai lagi dijangka jadi duta sukan Johor
Lebih ramai atlet bertaraf dunia akan dijadikan sebagai duta sukan Johor dalam usaha memperkasakan dan membangunkan atlet muda negeri ini.

Bekalan kelapa, santan di Johor kembali stabil - Exco
Bekalan kelapa dan santan di Johor kembali stabil selepas mengalami kekurangan pada awal tahun ini, kata Lee Ting Han.

13,095 pendatang tanpa izin ditahan di Johor tahun lepas - Imigresen
Sebanyak 13,095 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun lepas.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.