ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor sedang mencari kaedah terbaik bagi menangani isu kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.
"Isu bekalan beras ini merupakan satu isu besar bukan Johor sahaja, tetapi seluruh negara, namun kita tidak bersikap lepas tangan dalam soal ini kerana akhirnya yang terkesan adalah rakyat Johor.
"Pendekatan sama diambil dalam aspek penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di Johor, begitu juga dalam isu kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ)," katanya kepada pemberita selepas melawat Mini Karnival Maju Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Berhubung Belanjawan Johor 2024 yang akan dibentangkan November ini, Onn Hafiz berkata belanjawan itu akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kebolehpasaran produk usahawan tempatan di peringkat domestik dan antarabangsa, khususnya sektor industri kecil dan sederhana (IKS).
"Ada banyak produk, makanan, perkhidmatan atau pakaian daripada syarikat tempatan Johor mempunyai potensi untuk diketengahkan dan kita akan bantu mereka agar dapat melonjak ke tahap seterusnya.
"Sehubungan itu, golongan usahawan ini akan bertemu dengan Exco terlibat dan juga kepimpinan PUJB (Perbadanan Usahawan Johor) untuk berbincang lanjut berhubung keperluan dan isu dihadapi mereka menjelang Belanjawan Johor 2024," katanya.
Mengulas mengenai Mini Karnival Maju Johor, beliau berkata PUJB memilih 11 produk yang dilihat berpotensi besar untuk diketengahkan ke tahap lebih tinggi, antaranya jenama seperti Haos Ek?, Lazy Monday, Yumny Mi Sayur dan jenama pakaian Hasnuri.
Tambahnya setakat ini terdapat lebih 30,000 usahawan tempatan berdaftar di bawah PUJB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Onn Hafiz berkata, walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.

KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.

KPKM akui ada premis tidak dapat bekalan beras putih tempatan
KPKM kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Oktober 2024.

Kerajaan rombak strategi tangani isu kekurangan beras putih tempatan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan perkenal empat strategi bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan.

Cadangan naik harga siling beras putih tempatan dimuktamad sebelum Oktober - Mohamad Sabu
Cadangan kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) dijangka dimuktamad sebelum Oktober tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu
Perbincangan berhubung cadangan harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan sedang berjalan.

LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.

Keterjaminan makanan: Perak sedia usaha 11,000 tanah terbiar
Kerajaan negeri Perak akan memulakan projek tanaman padi di kawasan tanah terbiar di Kampung Kandang Hulu, Mukim Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.