IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menjelaskan seorang warga emas tidak dipaksa mengambil suntikan vaksin COVID-19 sehingga dia dikatakan mengalami kesan sampingan ruam.
Pengarah JKN Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, warga emas itu sendiri bersetuju untuk menerima suntikan tersebut dan telah menandatangani borang persetujuan vaksinasi COVID-19.
Menurutnya, warga emas itu datang ke Klinik Kesihatan Padang Rengas pada 6 April lalu untuk rawatan susulan penyakit kronik (Dyslipidemia).
“Semasa sesi konsultasi di bilik rawatan, Pegawai Perubatan mendapati beliau belum pernah menerima suntikan vaksinasi COVID-19.
“Memandangkan beliau mempunyai masalah logistik dan sukar untuk datang ke klinik semula sekiranya terpaksa hadir untuk dos kedua, Pegawai Perubatan telah memberikan kaunseling mengenai suntikan dos tunggal vaksin CanSino.
“Beliau bersetuju untuk menerima suntikan tersebut serta telah menandatangani borang persetujuan vaksinasi COVID-19 dan disuntik pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Ding berkata, kira-kira jam 3 petang 8 April lalu, warga emas itu hadir semula ke Klinik Kesihatan Padang Rengas bersama seorang waris dan mengadu mengalami ruam di bahagian kiri atas dada, leher dan bahu.
Ekoran dari itu, katanya, pesakit berkenaan telah dirujuk untuk rawatan lanjut di Klinik Pakar Dermatologi Hospital Taiping pada 11 April lalu.
“Beliau telah menerima rawatan di Klinik Pakar Dermatologi. Pakar Dermatologi telah menjalankan pemeriksaan dan mengambil sampel bagi ujian makmal Tzanck Smear dan keputusan adalah positif.
“Beliau telah disahkan menghidap penyakit Herpes Zoster atau Kayap dan telah diberikan ubat antiviral dan ubat tahan sakit,” ujarnya.
Menurutnya, pesakit telah diberikan tarikh temu janji susulan di klinik pakar pada 19 Mei hadapan dan keadaannya adalah stabil serta dirawat sebagai pesakit luar.
Pada 11 April lalu, tular di media sosial mengenai seorang warga emas mendapat kesan sampingan selepas mendakwa dirinya dipaksa untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 di salah sebuah klinik kesihatan di daerah Kuala Kangsar.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Apr 14 2022

Dr Ding berkata, warga emas itu sendiri bersetuju untuk menerima suntikan tersebut dan telah menandatangani borang persetujuan vaksinasi COVID-19.- Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Ibu temui ajal ketika hantar anak ke hospital
Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 2 petang melibatkan lori Isuzu dengan kereta Perodua Axia.

Dua remaja langgar lari wanita warga emas
Hasil siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.