BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar sindiket penyeludupan minuman keras selepas serbuan ke atas sebuah rumah terbiar di kawasan pesisir dekat Jelutong Timur di sini, 4 Julai lepas.
Pengarahnya Roselan Ramli berkata serbuan dibuat sepasukan pegawai Unit Marin Bahagian Pengkuatkuasaan yang menjalankan rondaan kira-kira 6.30 petang, selepas pemantauan selama satu hari mendapati tiada pergerakan di premis itu.
"Hasil pemeriksaan rapi di premis tersebut telah menemukan sejumlah 21,648 tin minuman keras jenir bir dianggarkan bernilai RM45,994 dan cukai RM205,772.
"Sebahagian daripada minuman keras tersebut didapati bertanda 'Malaysia Duty Not Paid' (MDNP) iaitu untuk pasaran di zon bebas atau dieksport manakala sebahagian lagi dipercayai diimport secara tidak sah kerana tiada setem cukai. Kesemua minuman ini adalah untuk pasaran di utara Semenanjung Malaysia," katanya pada sidang media di stor simpanan Kastam Bagan Jermal di sini, hari ini.
Menurut Roselan, berdasarkan siasatan awal, pemilik premis itu sudah meninggal sejak setahun lepas dan sindiket dipercayai menyewa premis itu daripada warisnya.
Beliau berkata siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 masih dijalankan bagi mengesan suspek.
Sementara itu, Roselan berkata bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini pihaknya telah membuat rampasan berjumlah lebih RM26 juta termasuk cukai melibatkan 167 kes.
Beliau berkata kes terbanyak ialah rampasan rokok iaitu 80 kes bernilai RM2.71 juta dan cukai RM9.2 juta, diikuti minuman keras 54 kes melibatkan RM7.6 juta termasuk cukai.
JKDM Pulau Pinang juga katanya berjaya memperoleh tiga kes dadah bernilai hampir RM1 juta selain 22 kes kenderaan melibatkan nilai RM1.23 juta dengan jumlah cukai sebanyak RM2.24 juta.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat bagi membantu kastam mengekang kegiatan penyeludupan serta tidak membabitkan diri dengan apa juga aktiviti berkaitan jual beli, menyimpan dan memiliki barangan terbabit yang boleh menyebabkan negara mengalami kerugian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Roselan (empat, kiri) berkata siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 masih dijalankan bagi mengesan suspek. - Gambar/ Bernama
AWANI Tonight: Political financing: Understanding challenges behind the bill
As the government gathers input on the Political Financing Bill, Dr. Tricia Yeoh of the University of Nottingham Malaysia highlights key issues and challenges hindering the bill's passage.
AWANI Tonight: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli hospital
Mourners gathered at Al-Ahli Arab Baptist Hospital to bid farewell to Palestinian victims of Israeli strikes on Gaza City, amidst widespread destruction and debris.
AWANI Tonight: M'sia ready to accept 15 Palestinian prisoners
Malaysia is prepared to accept 15 Palestinians released from Israeli prisons and resettle them here, says Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

Liga Super: Jumlah penyertaan pasukan hanya diketahui hujung bulan depan - MFL
Dengan hanya berbaki 44 hari lagi, ia akan menjadi tempoh yang sangat kritikal, terutama buat kelab yang sedang bergelut dengan isu kewangan.

Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah
Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLIA selepas isytihar kecemasan
Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.
#AWANITonight | 18 March 2025
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital

Bazar Kraf Aidilfitri tampilkan batik tempatan, songket dan kraf tangan
Pelbagai karya pengusaha batik tempatan, tenunan songket dan hasil kraf tangan seperti beg anyaman, dokoh dan manik buatan tangan ditawarkan pada Bazar Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Conlay di sini.

Polis serbu stor dan makmal haram, rampas dadah dianggar RM40 juta
Polis merampas pelbagai dadah seberat 274.14 kilogram dianggar bernilai RM38.9 juta dalam serbuan di stor dan makmal pemprosesan haram di empat lokasi berasingan di sini Khamis lepas.

Palestin desak campur tangan segera antarabangsa henti genosid Israel di Gaza
Tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza awal pagi Selasa, membunuh lebih 320 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

Kes penyeludupan bernilai RM10.87 juta di Selangor lumpuh
Rampasan sekitar Selangor itu membabitkan tembakau sedut, rokok putih dan kretek, e-waste serta beras bermula Julai hingga November lalu.

Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.

Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA
Cubaan dua rakyat tempatan untuk menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.

Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras
JKDM Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama.

Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting dipegang Adli 'Goldenboy' Hafidz
Peninju profesional negara Adli Hafidz Mohd Pauzi merupakan contoh yang baik, bagaimana seorang individu boleh mencapai keseimbangan antara dua kerjaya yang berbeza.

JKDM rampas 105kg dadah bernilai RM3.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 105 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM3.3 juta yang diisytiharkan sebagai teh herba Cina pada 15 Okt lepas.